≡ Menu

Air Tangan Keji

Air tangan orang yang meninggalkan Ibadah kepada Allah:

Semua orang tahu bahawa meninggalkan ibadah (seperti; solat,berpuasa,zakat dan seumpamanya) perbuatan meninggalkan suruhan Allah Ta’ala adalah dosa besar,Betapa hinanya seseorang itu jika ia meninggalkan perintah Allah S.w.t. keatas dirinya.

Seperti mana yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.Ada seorang lelaki yang tidak dikurniakan zuriat setelah lama berkahwin,lalu terdetik dalam hatinya (Nazar) jika dikurniakan anak dia sanggup meminum air kencing anjing hitam yang hina.Dengan kekuasaan Allah,isterinya pun hamil, dan melahirkan anak.

Setelah memperolehi zuriat, lelaki tersebut merasa resah hati dengan nazarnya yang tidak dapat ditunaikan,lalu lelaki tersebut pergi bertemu dengan Nabi Musa as dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.Setelah menceritakan peristiwa tersebut,lalu Nabi Musa as memerintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air (hujan) yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minumlah air tersebut yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.setelah mendegar kata-kata Nabi Musa a.s itu,lalu Lelaki tersebut menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa a.s.

Kisah diatas menunjukkan kepada kita,bahawa betapa hinanya orang yang meninggalkan solat,sehingga dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang tidak bersolat lebih hina dari air kencing anjing hitam,bagaimana pula air tangan orang yang tidak bersolat.?

Cuba kita renungkan ,sekiranya air tangan orang yang tidak bersolat,berpuasa ,berzakat dan sebagainya menitik ke dalam basuhan makanan yang dibuatnya,kemudian kita memakan makanan tersebut .apa akan jadi pada hati kita?

Oleh itu sebagai umat islam kita wajiblah menitik berat hal-hal pemakanan kita supaya hati kita sentiasa bersih dari segala benda-benda yang dapat mengotorkan dan merosakkan hati,seperti mana sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
(Bukhari dan Muslim)

Makanan adalah keperluan setiap manusia untuk hidup. Oleh itu, umat islam perlu memastikan makanan yang dimakan adalah halal dan juga selamat.

Dalam Islam telah menganjurkan panduan untuk memilih jenis makanan. Makanan yang halal dapat menhindarkan diri dari perkara yang tidak baik. Adalah penting memastikan darah daging kita hasil yang halal.

Terdapat juga makanan yang dikategori sebagai shubhah iaitu makanan yang diragui kehalalannya.
Kesan makan makanan halal adalah sepeti melahirkan generasi yang baik, kecergasan, kepintaran, kesihatan dan sebagainya.Oleh itu islam amat menitik beratkan pemakanan yang halal mengikut ketetapan syarak.

Pada hari ini kita lihat ramai dikalangan umat Islam tidak mengambil berat hal-hal pemakanan yang halal,dengan mengabaikan cara hidup pemakanan Islam akan lahirlah generasi- generasi yang rosak akhlaknya.

Halalnya sesuatu makanan bukan hanya dilihat dari segi kebersihan zahir sahaja tetapi hendaklah dilihat dari pelbagai aspek ,contohnya; makanan halal yang diperoleh dengan cara haram
Seperti,makanan hasil curian, atau dibeli dari wang hasil korupsi, riba, perjudian, pelacuran, dan seumpamanya.

Firman Allah ta’ala yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu Mengetahui.”
(QS. Al-Baqarah: 188)

Hikmah dari pemakan yang halal akan membentuk hati dan jiwa kita dekat dengan Allah S.W.T, mendapat hidayah daripada Allah,khusyuk dalam beribadat,mudah menerima pelajaran,sihat jasmani, bersih rohani,cerdas akal ,diredhai oleh Allah dan doa diterima.

Akibat daripada pemakan yanag haram pula, hati akan tertutup daripada menerima hidayah Allah,Susah mendapat ilmu pengetahuan,ibadat yang dikerjakan sia-sia,memudharatkan kesihatan badan dan kewarasan akal, mudah dihasut syaitan ,dilaknat oleh Allah dan mendapat azab di akhirat kelak.

Pemakanan yanag halal akan menjadikan hati kita bersih dan jauh dari kekejian,bersihnya hati akan mudahlah mendapat kekhusyukan didalam beribadat,oleh itu wajiblah bagi umat islam menitikberatkan setiap makanan dan minuman yang akan menjadi darah daging yang halal.

“Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itupun nyata (terang).”
(Bukhari dan Muslim)

Wallahua’alam….

Oleh: HasnulHadiAhmad.Com

Semoga Video Klip yang dipaparkan dibawah ini memberi kesedaran kepada kita bahawa betapa pentingnya memilih makanan yang dibuat oleh (air tangan) orang-orang yang Soleh & Solehah .

 

Artikel ” Air Tangan Keji” yang tersiar di halaman HasnulHadiAhmad.Com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat HasnulHadiAhmad.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.Selamat Berkongsi!!!!

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge