*

Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid

by Hasnul Hadi Ahmad on March 2, 2012

in Keluarga, Kesihatan, Lelaki & Wanita

Pengharaman Seks Semasa Haid

Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com

Rujukan: Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B., Universiti Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan Penulis bagi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Advertise Here
Incoming search terms:
cara bersetubuh ketika haid,seks,bersetubuh saat haid,kesan bersetubuh ketika haid,akibat melakukan hubungan seks ketika haid,akibat melakukan seks ketika haid,seks ketika haid,bersetubuh ketika haid,kesan melakukan hubungan kelamin ketika haid,cerita main masa period,akibat bersetubuh ketika haid,gambar hubungan seksual,seks semasa haid,pancut dalam masa period,melakukan hubungan intim saat haid,haid,bolehkah bersetubuh ketika haid,jenis darah haid,kesan seks ketika haid,bahaya bersetubuh saat haid,bersetubuh ketika datang bulan,bersetubuh semasa haid,akibat seks ketika haid,kenapa tidak boleh bersetubuh ketika haid,seks ketika period,larangan bersetubuh,hukum bersama isteri ketika haid,main jubur,foto cewek lagi menstruasi,bahaya seks ketika haid,seks ketika datang bulan,hubungan sek,hukum setubuhi istri ketika haid,jenis-jenis darah haid,main seks semasa period,kitaran haid menurut islam,bahaya seks time period,laranganbersetubuh

{ 27 comments… read them below or add one }

nurmisnan March 2, 2012 at 12:12 pm

Sangat2 bahaya.. memang benar apa yang telah hadis Rasulullah sampaikan. Cubalah bertahan.. tidak lama pun.. Tak mati tak..

Nice sharing here brother..
nurmisnan recently posted..Mujhse Dosti KarogeMy Profile

Reply

Hasnul Hadi Ahmad March 3, 2012 at 2:27 am

Islam adalah agama yg amat sempurna, tiada agama lain yg dapat menandinginya…
Hasnul Hadi Ahmad recently posted..Proses Penentuan Jantina Mengikut Al-QuranMy Profile

Reply

cahayapetunjuk June 18, 2012 at 12:49 pm

tapi,,,bolehkan perempuan itu akan dijangkiti HIV walaupun dia pernah bersetubuh sekali sahaja ketika datang haid,,tetapi suaminya tidak memancutkan air mani ke arahnya?-cuba ingin tahu-

Reply

Hasnul Hadi Ahmad July 9, 2013 at 10:27 am

Untuk kepastian sila berjumpa doktor, itu yang lebih baik….

Reply

Alam Informasi March 2, 2012 at 8:37 pm

memang segala yang Allah tetapkan ada pro dan kontra..kita sebagai hamba sepatutnya mengikut apa yang telah ditetapkan…Semgoga kita diberikan hidayah dalam kehidupan…:)
Alam Informasi recently posted..Doa Amru Bin Jumuh Yang MustajabMy Profile

Reply

Hasnul Hadi Ahmad March 3, 2012 at 2:32 am

Aminnn….Moga hidayahNya milik kita….
Hasnul Hadi Ahmad recently posted..Azab Allah Akibat Meringankan Mandi JunubMy Profile

Reply

Denaihati March 2, 2012 at 9:31 pm

perkara yg diharamkan, mesti memudaratkan jika dilanggar laranganNya.
Denaihati recently posted..Sihat Sebelum SakitMy Profile

Reply

Hasnul Hadi Ahmad March 3, 2012 at 2:10 am

Setiap larangan pasti ada hikmah di sebaliknya…
Hasnul Hadi Ahmad recently posted..NASA Menyembunyikan Misteri Di Sebalik Kota MekahMy Profile

Reply

Suhe April 26, 2012 at 7:22 pm

I’m not a muslism but i’m a person who respects races and their believes . I do like what Islam says , Drinking alcohol , smoking makes you die easier so why you have to do so. Btw thanks for the info.. Will be useful for me

Reply

tips onlines June 24, 2012 at 1:48 pm

apa yang baik nya kita hendaklah ikut hukum syarak, dangan tidak melakukan Melakukan Hubungan badan Ketika Haid, semuanya ada hikmahnya…

Reply

Dunia Maklumat June 24, 2012 at 5:01 pm

membuat hubungan kelamin ketika haid mempunyai banyak risiko,
jauhilah perkara yang membawa byk keburukan..
Dunia Maklumat recently posted..Dua kalimah syahadahMy Profile

Reply

tlong jawab October 16, 2012 at 12:00 pm

tapi,,,bolehkan perempuan itu akan dijangkiti HIV walaupun dia pernah bersetubuh sekali sahaja ketika datang haid,,tetapi suaminya tidak memancutkan air mani ke arahnya?-cuba ingin tahu-

Reply

Hasnul Hadi Ahmad July 9, 2013 at 10:25 am

Untuk maklumat lanjut sila berjumpa doktor, itu yang lebih baik….

Reply

husaini November 11, 2012 at 11:30 pm

bila datang haid,jikalau seseorg itu bersetubuh dan memancutkn air mani kedalam faraj,perempuan itu boleh mengandung ke tidak?

Reply

Hasnul Hadi Ahmad July 9, 2013 at 10:43 am

Perbuatan bersetubuh ketika haid adalah satu perbuatan yang sangat keji dan haram didalam Islam, sebagai umat Islam wajib keatas diri kita meninggalkan perbuatan tersebut.

Jika bersetubuh dilakukan ketika haid berkurangan, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Mengenai pendapat mengatakan wanita tidak akan hamil jika bersetubuh ketika dalam haid adalah tidak betul.

Untuk kepastian dan maklumat lebih lanjut dan tepat sila berjumpa doktor, itu yang lebih terbaik….

Reply

stefnuja wongpoky December 11, 2012 at 4:22 pm

Adakah hubungan ketika haid membawa masalah kepada seorang perempuan?
Memang benar..
Namun ramai ‘doktor’ telah mengkaji masalah ini,walaubagaimanapun terdapat satu soalan yang ingin saya tanya kepada orang ramai!
Adakah terdapat ubat yang dapat mengubati masalah ini jika seorang perempuan terkena sebarang penyakit yang mungkin lebih bahaya jika melakukan seks ketika haid dengan pasangan mereka?

Reply

Travel-Zoom January 26, 2013 at 1:40 pm

Semoga kita mengambil istifadah dari cerita ini…
Travel-Zoom recently posted..Three Tips for Traveling HealthyMy Profile

Reply

mimi July 3, 2013 at 7:22 pm

jika telah bersetubuh dalam sekali dengan lelaki ketika haid,,apa akan terjadi?

Reply

Hasnul Hadi Ahmad July 9, 2013 at 10:53 am

Akan mendapat dosa, kerana perbuatan itu sangat keji dan haram didalam Islam, sebagai umat Islam wajib keatas diri kita meninggalkan perbuatan tersebut. Semoga Allah menerima taubat diatas perbuatan yang telah dilakukan.

Mengenai kesihatan, perbuatan tersebut boleh berlaku kemudaratan kepada kesihatan wanita.

Untuk kepastian dan maklumat lebih lanjut dan tepat sila berjumpa doktor, itu yang lebih terbaik….

Reply

mimi July 3, 2013 at 7:23 pm

boleh bgi comment sedikit?

Reply

MindaKini July 5, 2013 at 5:33 pm

hati-hati bagi pasangan dah berkahwain hindari bersebadan ketika isteri haid
MindaKini recently posted..Tips Penjagaan GigiMy Profile

Reply

Akim July 19, 2013 at 12:29 pm

Bolehkah seorang perempuan itu hamil apabila melakukan seks oral pada hari pertama period?

Reply

HasnulHadiAhmad July 28, 2013 at 5:46 pm

Oral Sex atau dalam kata lainnya bermaksud seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami dan seumpamanya.

Seorang perempuan itu hamil jika berlakunya persetubuhan atau seks “memasukkan atau menusukkan zakar kedalam faraj” sehingga terpancutnya air mani ke dalam faraj isteri. Atau dilakukan dengan memasukkan sperma suami ke dalam rahim isteri melalui suntikan secara langsung.

Bersetubuh ketika haid adalah satu perbuatan yang sangat keji dan haram didalam Islam, sebagai umat Islam hendaklah menjauhi perkara tersebut.

Jika dilihat dari ilmu perubatan, wanita yang datang haid tubuhnya mengeluarkan sel telur yang tidak subur (Haid) selepas itu lapisan tubuhnya bersedia untuk sel telur yang baru dan subur. justeru agak sukar untuk hamil ketika ini. Jika bersetubuh dilakukan ketika haid berkurangan pula, kemungkinan wanita itu boleh hamil. Semua ini adalah kuasa Allah, mungkin bagi kita mustahil, tapi bagiNya perkara itu tidak mustahil, jika Allah berkehendak sesuatu terjadi, maka terjadilah. Walaupun begitu bukanlah menghalalkan hubungan seks ketika haid, ia haram dalam Islam.

Untuk kepastian dan maklumat lebih lanjut dan tepat sila berjumpa doktor, itu yang lebih terbaik…

Reply

kuliahtube July 24, 2013 at 7:34 pm

Salam 2 all..jom layan kuliah agama di http://www.kuliahtube.com
Tolong sebarkan.

Reply

produk2u July 26, 2013 at 12:44 pm

Semoga kita di jauhkan dari perkara ini…
produk2u recently posted..Bedak ArabMy Profile

Reply

Nina6 November 21, 2013 at 5:54 pm

Tidak thu begitu keji sekali tp telah lakukan sekali sahaja..cara utk menebus dosa itu bagaimana?

Reply

Merah January 12, 2014 at 9:12 pm

Isteri Saya telah habis haid Dan yakin darah tidak keluar..die pun mandi wajib Dan kami solat berjemaah bersama..pada malam Nya kami bersama ketika iTu Saya perasan Ada darah lagi..adakah berisiko untuk mendapat penyakit?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post:

Page Rank
.