≡ Menu

Anak Kecil Menyaksikan keluarganya Dibunuh Kejam

Anak Kecil Menyaksikan keluarganya Dibunuh Kejam

Kisah peperangan Iraq dengan tentera US masih segar dalam ingatan seorang gadis muda Iraq,Samar Hassan walaupun peperangan tersebut sudah meletus hampir 8 tahun lalu . Beliau telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya yang telah dibunuh dengan kejam oleh tentera US.

Samar Hassan 5 tahun

Kejadian pembunuhan kejam itu berlaku ketika mereka pulang daripada hospital untuk mendapatkan rawatan abangnya yang sakit ketika itu. Kata beliau” kami hanya mendengar bunyi tembakan, ibu bapa saya telah dibunuh begitu saja”.

Walaupun kisah peperangan ini telah berlalu, kengerian peperangan itu terlakar di dalam sekeping gambar yang diambil ketika tentera amerika melepaskan tembakan ke atas kereta milik keluarganya di Bandar utara Tal Afar pada Januari 2005.

Selain itu, gambar Samar ketika berusia 5 tahun yang dilumuri darah ibu bapanya telah mengejutkan seluruh dunia. Di dalam gambar itu, Samar sedang menjerit ketakutan dan dibelakangya ada abang dan adik-adiknya.

Samar Hassan sewaktu kejadian

Kini, Samar yang berumur 12 tahun, tinggal di sebuah rumah dua tingkat di pinggir Bandar Mosul bersama- sama dengan empat keluarga yang lain. semenjak kematian abangnya, beliau tinggal bersama kakaknya, Intisar, dan suami kakaknya,Nathir Bashir Ali yang merupakan bekas anggota polis.

Menurut Nathir,kisah peperangan itu benar-benar memberi kesan yang teruk kepada keluarga Samar.mereka selalu berulang alik ke hospital bagi mendapatkan ubat untuk mengurangkan masalah emosi mereka akibat trauma kejadian yang lalu. Beliau sering melihat adik Samar yang berusia 8 tahun ,bercakap seorang diri dan kadang-kadang dia menjumpai mereka menangis bersama-sama di dalam bilik. Apabila mereka mengigati peperangan itu,mereka merasakan mereka telah meninggal dunia.

Di bawah pentadbiran George W.Bush’s, Amerika Syarikat menyerang Iraq pada tahun 2003 untuk menggulingkan rejim Saddam Hussein atas dakwaan memiliki senjata pemusuh besar-besaran sedangkan tuntutan tersebut tidak pernah terbukti benar.

Sejak pencerobohan AS 2003, Iraq telah terjerumus ke dalam jurang pertindihan konflik sivil yang menyebabkan berpuluh –puluh ribu orang awam mati.

Peperangan amat memeritkan hati

Samar Hassan berlumuran darah ibu bapanya

Gambar Samar merupakan salah satu bahan yang dapat memberi sejarah kepada dunia untuk menceritakan kisah pencerobohan AS.

Menurut Liam Kennedy, seorang profesor Kolej Universiti Dublin yang juga merupakan pengkaji fotografi konflik semasa ditemuramah di dalam New York Times, beliau berkata” gambar tersebut seolah-olah mahu mengatakan sesuatu yang berlaku ketika itu.semua keganasan yang berlaku pada tika itu dapat disimpulkan oleh gadis itu”.

Sarah Lea Whitson yang merupakan pengarah Human Rights Watch di Timur Tengah dan bahagian Utara telah menyimpan salinan gambar di papan buletin di pejabat beliau di New York sebagai bukti kengerian peperangan itu.

Kata beliau,” gambar gadis itu jelas melambangkan perasaan semua rakyat-rakyat Iraq ketika itu”

Walaupun Samar tidak pernah melihat gambar itu sebelum ini, tetapi kejadian tembakan itu masih segar dalam ingatannya. Gambar itu menunjukkan perkara yang amat sedih yang berlaku di Iraq.

Reaksi Samar Hassan melihat gambarnya semasa kecil

Samar Hassan melihat gambarnya semasa kecil, sebelum ini beliau tidak pernah mengetahui bahawa kejadian tersebut telah dirakam oleh seorang jurugambar.Pada bulan May yang lalu, Samar Hassan ditunjukkan gambar-gambar mengenai kejadian tersebut oleh seorang saudaranya.

Oleh: Siti Hajar Ahmad – HasnulHadiAhmad.Com

Wallahu’alam….

{ 2 comments… add one }
  • Alam Informasi December 21, 2011, 6:17 am

    Begitulah kejam nye Amerika, tetapi dunia hanya diam tunduk tanpa bantuan…Ya Allah..hancurkanlah musuh-musuh mu agar Islam dapat tertegak di bumi ini…Amin

  • Pejuang December 21, 2011, 1:41 pm

    Khaibar khaibar khaibar ya yahud
    jaishu Muhammad saufa ya Ud

Leave a Comment

CommentLuv badge