≡ Menu

Apabila Melanggar Sumpah

“Apabila Melanggar Sumpah Apa Hukumannya?”

Dalam persoalan ini, anda perlu mengenal pasti adakah sumpah yang anda buat adalah atas nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala ataupun sekadar sumpah yang hanya dibuat gurau-gurauan.

Jika sumpah tersebut dibuat atas nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti;

“Demi Allah, aku tidak akan pijak lagi rumah engkau ini”

Atau lain-lain.

Ringkasnya, jika sumpah tersebut dibuat dengan nama Allah, sifat-sifatNya yang wajib ataupun dengan KeagunganNya, anda adalah berdosa dan perlu membayar Kifarah Sumpah.

Kifarah Sumpah ialah:

1. Memberi makan 10 orang miskin. Setiap seorang sebanyak secupak beras. Atau,

2. Memberi pakaian (benda yang dipakai mengikut adat setempat) kepada 10 orang miskin. Atau,

3. Membebaskan seorang hamba yang beragama Islam. Hamba tersebut mestilah seorang hamba yang sempurna anggota badan dan boleh bekerja.

Namun begitu, bagi mereka yang tidak mampu untuk melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, maka dia dikehendaki berpuasa sebanyak tiga hari dan menurut Mazhab Syafi’i puasa tersebut tidak disyaratkan secara berturut-turut.

Sila berhubung dengan Pusat Pungutan Zakat yang berhampiran untuk membuat bayaran kifarah tersebut.

Wallahu’alam….

JAKIM

{ 3 comments… add one }
  • nurmisnan September 2, 2012, 2:08 pm

    Itu sbb jangan sesekali terlepas kata.. berat menanggungnya..
    Terutama kpd mereka suami isteri.. terlepas kata, ikut rasa
    binasa..
    nurmisnan recently posted..Sorang ramadan sorang MerdekaMy Profile

  • Mohd Shaqif Affiendy Bin Md Isa November 19, 2013, 8:07 pm

    Assalamualaikum w.b.t.. Saya ingin bertanya, jikalau berpuasa itu apa niat puasa tersebut?

    • Yudi April 2, 2016, 3:08 am

      assalamualaikum wr wb
      saya mau tanya nih pak buk , kalau kita bersumpah di depan alquran dan kita sebenarnya memang bohong , tapi lantaran karna malu jadi kita berani bersumpah , itu gimana ya hukumnya ??
      Yudi recently posted..Yus Jambu Meninggal DuniaMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge