≡ Menu

Arah Kiblat Di Malaysia Kaedah Dan Kiraan

Gambar Orang Sujud

Arah Kiblat Di Malaysia

Arah khiblat di Malaysia dapat ditentukan pada petang hari Khamis, 16 Julai 2009 khususnya pada jam 5.28 petang Malaysia. Hari Jumaat 17 Julai 2009 masih tidak jauh berubah. Ini kerana pada jam 5.28 petang, matahari tepat berada di atas kaabah, Mekah, Arab Saudi. Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said

Pada 27 Mei 2007, umat Islam boleh menentukan arah kiblat yang betul pada pukul 5.18 petang Isnin kerana ketika itu matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah. Pensyarah di Jabatan Fiqh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi menyatakan orang ramai dan pihak masjid juga dapat memeriksa semula arah kiblat di tempat masing-masing.

Kaedah Tradisional Menentukan Arah Kiblat

Orang Melayu di Malaysia membina rumah dan menanam jenazah berdasarkan arah kiblat. Biasanya di Malaysia, orang-orang tua menyatakan arah kiblat berada sedikit di sebelah kanan matahari terbenam. Ustaz atau tuan guru akan dipanggil bagi menentukan arah kiblat sebelum sesebuah rumah, surau atau masjid dibina.

Tandas tidak harus mengadap kiblat. Anjung masjid dan surau mestilah mengadap kiblat. Bilik surau di rumah juga mesti ke arah kiblat.

Kubur orang Islam di Bosnia diketahui melalui arah kubur / jenazah yang ditanam menghadap arah kiblat. Oleh itu agama seseorang itu Islam atau Kristian dapat dibezakan.

Kaedah Moden Menentukan Arah Kiblat

Sejak 1980-an, kompas arah Mekah telah dijual di pasaran. Dengan kompas ini, arah khiblat dapat ditentukan dengan lebih mudah. Jemaah haji membeli kompas ini semasa mengerjakan haji di Mekah.

Kiblat Semasa Di Angkasa

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan buku ‘Garis panduan pelaksanaan ibadah di ISS’ dan diterbitkan pada April 2007. Khiblat ditentukan berdasarkan kepada unjuran Kaabah di Mekah. Angkasawan Malaysia iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr Faiz Khaleed menjalani latihan di Russia sebelum salah seorang daripadanya dipilih sebagai angkasawan pertama Malaysia dihantar ke ISS.

Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com
e-solat.gov.my | Tarikh :29-09-2012

Incoming search terms:
arah kiblat malaysia,bacaan kompas arah kiblat,arah kiblat kompas,arah kiblat di malaysia,kompas arah kiblat,kompas kiblat malaysia,formula pengiraan arah kiblat,cara kira kiblat,kiraan kompas kiblat
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge