≡ Menu

Bagaimanakah Para Sahabat mengingati Hadith?

PERANAN SAHABAT DI DALAM PENGEMBANGAN ILMU HADITH.

Para sahabat merupakan pengeluar atau penyebar hadith yang dinaqalkan daripada Rasulullah saw. Dan hadith-hadith ini tidak perlu diragui kerana para sahabatlah yang telah mendengarnya daripada Rasulullah saw. Mereka ini bergaul dengan baginda serta mengambil hadis daripadanya. Para sahabat juga tahu segala-galanya tentang Rasululah saw. Bagi orang yang terkemudian mereka tidak ada sumber lain untuk mengambil hadith melainkan daripada sahabat-sahabat Rasulullah saw.

Bagaimanakah Para Sahabat mengingati Hadith?

Seperti yang diketahui, pada mulanya Rasulullah saw melarang para sahabatnya menulis hadith agar hanya Al-Quran sahaja satu-satunya bahan bertulis yang ada ketika itu.Ini untuk mengelakkan percampuran antara hadith dan Al-Quran.
Sabda Rasulullah saw: Jangan kamu tulis apa yang kamu dengar daripada aku.Sesiapa yang menulis selain daripada Al Quran maka padamkannya……
Hadith riwayat muslim.

Kemudiannya Rasulullah saw telah memberi keizinan untuk menulis hadith kepada individu tertentu. Diriwayatkan bahawa Abdullah Bin Amru telah menulis hadith ketika hayat Rasulullah saw dan baginda tidak melarangnya bahkan telah bersabda kepadanya,”Tulislah! Demi Tuhan yang nyawaku berada di dalam kekuasaannya tidak keluar daripadanya ( sambil mengisyaratkan kemulutnya) melainkan kebenaran”.

Setelah memberi keizinan secara khusus kepada individu-individu tertentu akhirnya pada tahun pembukaan Makkah Rasulullah telah memberi keizinan secara umum dan ini membolehkan umat Islam ketika itu menulis apa yang mereka dengar daripada Rasululah saw.

Akan tetapi sunnah yang dihafaz di zaman Rasulullah masih hidup adalah lebih banyak daripada yang tertulis. Hafalan para sahabat adalah kuat dan tidak perlu diragui kesahihannya berdasarkan kepada faktor-faktor yang berikut:

1. Rasulullah saw mengulang kalimat hadith sebanyak tiga kali supaya dapat difahami.

2. Baginda mentarbiah para sahabat agar sentiasa bercakap benar dan tidak berdusta.

3. Mudah untuk didedahkan sesiapa yang mendustai Rasululah saw kerana di sana ramai orang
yang sentiasa mengawasi baginda dan berdamping dengannya.

4. Kekuatan hafalan bangsa Arab yang mengkagumkan.

Justeru itu hadith-hadith yang dihafaz oleh para sahabat adalah benar dan tidak perlu diragui kesahihannya.

PEMBUKUAN HADITH

Selepas kewafatan Rasululalh saw, orang ramai mula menulis apa yang mereka dengar dan mereka tahu ianya daripada Rasulullah s.a.w. Diceritakan bahawa Saidina Ali ada menyimpan helain yang tertulis hadith di atasnya. Begitu juga dengan beberapa orang sahabat yang lain yang juga menulis dan menyimpan hadith sebagai simpanan peribadi untuk dijadikan rujukkan bagi mengetahui hukum-hakam dan juga untuk dijadikan dalil.

Ketika Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah, beliau telah mengarahkan kepada pemimpin-pemimin wilayah yang berada di bawahnya serta para ulama` Islam agar membukukan buku dengan pembukuan yang sempurna. Di dalam suratnya kepada Abi Bakar Bin Muhammad bin Amru Bin Hazmin yang dilantik menjadi qadhi Madinah ada menyebut“ Sekiranya kamu dapati hadith Rasulullah saw maka tulislah, sesungguhnya aku takut hilangnya ilmu dan matinya para ulama`”.

Para ulama` telah berkhidmat secara berterusan dalam mengkaji dan meneliti sunnah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Dan kurun ketiga Hijrah merupakan zaman keemasan ilmu hadith yang menyaksikan kemunculan ramai pengkaji, peneliti kesahihan hadith, pengumpul dan pengarang kitab hadith.

KEMUNCULAN ULUMUL HADITH

Hasil daripada usaha yang bersungguh-sunguh, ulama telah mampu mengklasifikasikan (mengkelaskan) setiap hadith yang diriwayatkan daripada Rasulullah saw. Ada hadith yang diklasifikasikan sebagai hadith sohih, hadith hasan, hadith dhoif, munkar dan sebagainya. Cara yang dilakukan untuk mengkelaskan hadith adalah amat halus dan teliti sehinggakan tiada siapapun yang mampu menolak dan menidakkan metod yang digunakan ini.

Cara Pembahagian Hadith.

Ulama` telah membahagikan hadith kepada beberapa bahagian iaitu:

A) Sohih: iaitu hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah dan sanadnya bersambung hingga ke Rasulullah saw.

B) Hasan: Ibnu Solah membahagikan hadith hasan kepada dua jenis:

Pertama: Hadith yang terdapat dikalangan penyandang riwayatnya orang yang tidak diyakini kebolehannya meriwayatkan hadith dalam meriwayatkan hadith .Akan tetapi ianya tidak pelupa sehingga menyebabkan banyak melakukan kesilapan dan juga tidak dituduh sebagai pendusta.

Dan ada hadith lain yang sama dengan matan ini diriwayatkan melalui perawi yang lain, dengan itu hadith ini tidak dikira sbagai hadith syaz atau munkar .

Kedua: Perawi hadith ini merupakan orang yang terkenal dengan sifat benar dan amanah namun hafalannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya. Hadith yang diriwayatkannya tidak dikira sebagai hadith yang mungkar andai dia seorang sahaja yang meriwayatkannya. Manakala matannya pula tidak dikira sebagai syaz.

Hadith hasan sama seperti hadith sohih di sisi jumhur ulama`dari segi hukum untuk mengambilnya sebagai dalil.

C) Hadith dhoif: iaitu hadith yang tidak terdapat padanya sifat-sifat hadith sohih juga hadith hasan seperti yang disebut tadi

D) Hadith maudu`: Hadith yang direka dan dinisbahkan kepada Rasulullah saw oleh orang yang penipu dan ini merupakan sejahat-jahat bentuk riwayat.


Rujukan: Jundullah Akhlaqan Wa Takhtitan

Wallahu’alam….

Incoming search terms:
zaman keemasan hadis
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge