≡ Menu

Bahaya Penyakit Hasad Dengki

Bimbing Hati Dengan Al-Quran

Bahaya Dan Bahana Hasad

Penyakit ini bukan eksklusif dalam kalangan orang melayu sahaja tetapi merupakan kebanyakan manusia amnya. Maka kedudukannya amat berbahaya dan perlu dibendung sebaiknya. Jika gagal dibendung, bahayanya bukan sahaja kepada manusia bahkan kepada dunia dan kemajuannya. Untuk lebih jelas perhatikan senarai Bahaya Penyakit Hasad Dengki tersebut:

- Bahaya Hasad Bagi Akidah Seseorang.

Apabila seseorang itu tidak suka dengan nikmat yang telah Allah s.w.t. berikan kepada orang lain, hakikatnya dia tidak suka dengan apa yang telah Allah s.w.t. takdirkan. Jadi, dia menentang takdir Allah s.w.t.

- Bahaya Hasad Bagi Masa Depan Seseorang.

Apabila dia berhasad ertinya dia rela kebaikan amalanya dimusnahkan sama seperti kayu hangus dibakar. Yang tinggal hanyalah abu. Ini bermakna dia hidup tanpa pahala atau kebaikan.

- Bahaya Hasad Bagi Kesihatan Seseorang.

Setiqp kali dia melihat pertambahan nikmat terhadap orang lain, dadanya terasa sesak dan susah hati. Hatinya tidak tenang saat orang lain gembira.

- Bahaya Hasad Kepada Masyarakat.

Pemilik sifat hasad menyerupai karakter orang yahudi. Nabi s.w.a. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai sekelompok orang maka dia digolongkan dalam kalangan mereka.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud, hadis sahih)

- Bahaya Hasad Kepada Pembangunan Negara.

Orang yang berhasad lupa untuk berdoa kepada Allah s.w.t. sebaliknya menyalahkan Allah s.w.t. kerana mengurniakan nikmat kepada orang lain. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain (kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Nisa’ 4: 32)

- Bahaya Hasad Kepada Kemajuan Orang Lain.

Orang yang berhasad seolah-olah meremehkan nikmat yang ada pada seseorang.

- Bahaya Hasad Terhadap Sifat Kemanusiaan.

Orang yang berhasad rendah nilai budinya kerana dia berusaha menjauhkan diri daripada orang yang tidak disukainya. Ertinya dia merendahkan martabat dan meremehkan kebaikan yang telah dilakukan.

Berdasarkan senarai di atas, di manakah kedudukan anda? Anda tentu boleh mengesahkan sama ada ia telah berlaku kepada diri, jiran atau sanak saudara anda. Bayangkan sewaktu anda berasa tidak senang hati terhadap sahabat anda yang berjaya dalam perniagaan, dalam tempoh sehari, berapa kali anda menyebut namanya? Berapa kali anda menyumpahnya dan berapa kali pula anda bermasam muka dengannya?.

Bukankah setiap kali anda menyebut namanya anda menderita. Setiap kali menyumpahnya, anda rasa sedih. Setiap kali anda bermasam muka dengannya,anda telah memutuskan silaturahim dengannya. Tidakkah ini menjadikan anda tersisih dan menanggung derita sendirian. Siapa yang membuat anda jadi begitu? Jawapannya anda sendiri, bukan orang lain. Jadi, kenapa berhasad?.

Rasulullah s.w.a. tidak mahu umat islam berada dalam keadaan di atas. Sebaliknya umat islam perlu bersikap positif atas nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan kepada hamba-Nya. Sebaiknya, jika kawan senang kita raikan, dan jika kita senang, kita kongsi dengan orang lain. Kalau ini yang anda lakukan, anda akan bahagia dan orang ramai juga akan gembira, in sha Allah.

Wallahu’alam….
Bintu Ahmad l hasnulhadiahmad.com

Incoming search terms:
akibat penyakit dengki

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge