≡ Menu

Berhati-Hati Kaum Muslimah Ada Kamera Pengintip

Berhati-Hati Kaum Muslimah Ada Kamera Pengintip

Berhati-hatilah kepada muslimah sekalian, apabila anda menginap di hotel-hotel, chalet2, hostel atau tempat-tempat persinggahan / penginapan luar, ambil sedikit masa dan cuba pastikan kamera atau apa-apa perakam tiada disekitar bilik mandi atau bilik tidur. Kerana kemungkinan ini akan berlaku, kamera-kamera sekarang yang semakin kecil dan canggih, amatlah mudah untuk disorok dimana-mana ceruk dan ruang.

 

Diantara Jenis-Jenis Kamera Pengintip Kecil

Mengikut Ketua Biro Pengaduan Awam, mengenai aduan pengambilan gambar tanpa pengetahuan pengunjung di mana gambar-gambar dan video-video itu kemudian digunakan untuk memeras ugut pengunjung hotel berkenaan sehingga melibatkan tuntutan wang beribu ringgit. Kamera pengintip yang dipasang itu tersangat kecil, dan tanpa pemerhatian teliti tidak mungkin pengunjung meyedari kehadiran kamera-kamera tersebut, semua kejadian berkenaan adalah didalangi oleh sebuah sendiket yang kerjanya cuma memeras ugut pengunjung hotel.

Ingatlah maruah anda sebagai muslimah / wanita wajib terpelihara dari perkara-perkara yang tidak di ingini.

kongsikan info ini kepada rakan-rakan yang lain supaya lebih berhati-hati apabila berada ditempat-tempat tersebut.

Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com

Incoming search terms:
kamera pengintip

{ 5 comments… add one }

  • iskandar khan January 4, 2012, 1:14 pm

    walaupun kita lelaki….kita pun tak rela adegan kita berseorangan di rakam…..i tak rela…

  • ryan sharizal January 10, 2012, 9:31 am

    thnkzzz….peringatan yg baek utk semua

  • Yayah Ccn January 10, 2012, 3:34 pm

    Ada tak alat yang boleh kesan kamera tu, supaya kita boleh rosakkannya sebelum alat tu merakam gambar kita? Tak rela betul!

  • chong ren July 2, 2012, 4:46 pm

    Kenalan saya di Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT-UniKL) telah memberitahu saya bahawa sekumpulan pelajar telah memasang pinhole kamera di setiap bilik mandi perempuan untuk 1 semester. Rakaman di-transmit menerusi wireless (mereka boleh ditonton secara langsung) dan boleh dipastikan bahawa lebih kurang 18 sesi mandi pelajar wanita berbeza telah dapat dirakam. Rakaman-rakaman tersebut dikongsi sesama mereka sendiri atau dijual kepada rakan-rakan yang membayar harga yang tinggi. Kesemua kamera tersebut dipasang dan dicabut semasa cuti semester.

Leave a Comment

CommentLuv badge