≡ Menu

Bunga Menjadi Mekar Ketika Azan Berkumandang

Bunga AzanAzan Flower “ Mekar Semasa Azan Berkumandang

Subhanallah!!, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur. Stesen televisyen CNN, pernah menayangkan sebuah dokumentari yang menunjukkan keajaiban laungan Azan.

Bunga-bunga yang pada awalnya kuncup berubah menjadi mekar ketika azan berkumandang. Fenomena mengagumkan yang terjadi di Azerbaijan ini (juga terdapat di Turki) telah mendapat perhatian dari media Barat. Lihat keajaiban bunga azan di dalam video di bawah ini.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Sekiranya kamu mendengar muazzin (azan) , maka ikutlah seperti apa yang disebutkan. Kemudian, berselawatlah kamu kepadaku. Maka barangsiapa yang berselawat kepada ku sekali selawat, nescaya Allah swt akan berselawat kepadanya 10 kali.” (Hadis Riwayat Muslim : 384 , Abu Daud : 523 , Tirmizi : 3614)

Marilah sama-sama kita menyahut seruan azan apabila dikumandangkan oleh muazzin menandakan masuknya waktu solat fardu. Ingatlah tidak ada amalan yang terlebih baik dikerjakan oleh seorang mukmin melainkan dia mengerjakan solat selepas menengar azan. Tinggalkan semua perkerjaan duniawi dan utamakan seruan panggilan kepada Allah SWT (untuk solat). Tidak akan berkat sesuatu amalan yang membelakangkan suruhan Allah SWT.

Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

{ 2 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge