≡ Menu

Cara Merawat Rambut Yang Gugur

masalah rambut

Ramai lelaki dan wanita mempunyai masalah rambut yang tumbuh jarang-jarang iaitu menghampiri keadaan botak. Jika anda mempunyai masalah ini, anda boleh cara merawat rambut jarang yang saya senaraikan di bawah:

1- Cara merawat rambut yang pertama adalah beli produk yang mampu melebatkan rambut anda. Gunakan produk tersebut mengikut arahan dan tunggu kesannya.

2- Jangan cabut rambut anda. Ada lelaki yang memiliki rambut jarang-jarang pada bahagian depan kepala suka menarik rambut di sekitar itu. Akibatnya rambut tidak tumbuh-tumbuh lagi.

3- Urut kulit kepala anda selama lima minit sehari. Urut dengan kelajuan yang perlahan. Urut pada bahagian kepala akan membantu kulit kepala untuk mempunyai kekuatan dan aliran darah yang baik. Hasilnya rambut anda akan terangsang untuk tumbuh memandangkan darah membawa zat yang cukup untuk rambut anda.

4- Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan kimia. Sebaliknya anda fokus banyakkan makan buah dan sayur. Seperti yang kita tahu bahan kimia akan beri kesan yang teruk kepada badan. Antara kesannya adalah rambut gugur dan tidak tumbuh-tumbuh.

5- Cara merawat rambut yang seterusnya adalah anda banyakkan makan makanan yang mengandungi protein dan omega 3. Antara agen kepada pertumbuhan rambut adalah protein keratin. Pengambilan protein secara konsisten boleh merangsang pertumbuhan rambut anda. Apabila anda ingin cuba cara ini, anda perlu mengambil protein pada setiap hari. Selain itu, anda perlu urut-urut kulit kepala anda secara konsisten juga. Gabungan pengambilan protein dan mengurut kepala pasti boleh merangsang pertumbuhan rambut anda.

Masalah rambut gugur memang memeningkan kepala. Keyakinan sangat rendah apabila bertemu rakan sekerja, berjumpa pelanggan, ada majlis makan malam, majlis konvokesyen dan sebagainya.

Tetapi jangan gundah gulana, download Ebook PERCUMA Teknik Mudah Lebatkan Rambut Dalam 30 Hari! di Sini. Insyaallah masalah rambut gugur anda akan selesai.

{ 8 comments… add one }
  • oharticle June 17, 2013, 4:18 pm

    Tips yang sangat berguna untuk pembaca, rambut saya selalu gugur seblum nie

  • hairloss June 19, 2013, 12:20 am

    Nice tips, i will try this tips :)
    hairloss recently posted..Male Hair Loss Treatment – What Options Do You Have?My Profile

  • qalisha June 20, 2013, 4:12 pm

    I have experienced hair loss and dandruff

  • qalisha June 20, 2013, 4:13 pm

    what is the remedy against hair loss

  • vaneesa pamela August 16, 2013, 3:36 pm

    rambut saya selalu gugur semasa mencuci rambut

  • lisa September 7, 2013, 1:49 am

    Rambut sy selalu gugur..skrg ni rambut sy makin menipis dan hampir botak diarea tengah dan tepi…sy mal
    u sgt….sy akn berumah tangga tidak lama lagi…adakah tip ini dpt mmbantu sy menumbuhnkn rambut sy kembali..

  • lily June 13, 2015, 9:36 am

    rambut sya slalu gugur masa dicuci .sd bnyk kli dijaga tpi tak pndai jln jg .i’m give actually bab2 mnjaga rambut ni ;(

  • Aya Chalo July 12, 2015, 12:32 am

    Saya pun sedang mengalami rambut gugur dengan banyaknya selepas baby mula menyembur. Pasni boleh try tips ni pula.

Leave a Comment

CommentLuv badge