≡ Menu

Dosa Paling Besar Sesama Manusia

Air Mata Ibu

Derhaka Terhadap Ibu Bapa

Dosa paling besar sesama manusia adalah menderhaka kedua-dua ibu bapa.

Dalil Allah Ta’ala:

Firman Allah yang bermaksud: “Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. “Jika salah seorang atau kedua-duanya sampai pada umur lanjut dalam peliharaanmu, jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan ‘ah’ dan membentak mereka. Ucapkan perkataan yang mulia kepada mereka.” ( Surah al-isra’ 17: 23 )

Dalil Rasulullah S.A.W:

Lihatlah berapa terperinci Rasulullah s.w.a menentukan hierarki kasih kepada ibu bapa. Baginda bersabda dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya:

“siapakah orang yang berhak mendapat pergaulan baikku?”

Baginda menjawab: “Ibumu.”

Orang tersebut bertanya lagi: “kemudian, siapa?”

Baginda menjawab: “ibumu.”

Orang tersebut bertanya lagi: “kemudian, siapa?”

Baginda menjawab: “ibumu.”

Orang tersebut bertanya lagi: “kemudian, siapa?”

Baginda menjawab: “ayahmu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Akibat Menderhaka Terhadap Ibu Bapa

Menzalimi ibu bapa menyebabkan ibadah dan jihad “tergantung”. Sesiapa yang banyak beribadah dan gigih berjihad hatta ke peringkat mati syahid sekalipun akan “tergantung” amalannya ( tidak dinilai oleh Allah ), sekiranya tidak mendapat keredaan ibu bapa.

Mereka yang terakhir dihisab ialah ashab al-a’raf yakni mereka yang tergantung nasib ( sama ada ke syurga atau neraka ). Mereka terpaksa menanti begitu lama dan sentiasa berasa cemas dengan nasib mereka yang tidak menentu.

Menurut ibn abbas, ashab al-a’raf merujuk kepada mereka yang berperang di jalan allah tanpa restu ibu bapanya. Mereka tidak dicampakkan ke neraka kerana mereka ialah orang yang berjihad di jalan allah.

Namun, mereka juga tidak dimasukkan ke syurga kerana tidak taat kepada ibu bapa. Jelas, betapa menzalimi terhadap ibu bapa telah menyebabkan kesusahan yang perit di akhirat.

Wallahu’alam….
Bintu Ahmad l hasnulhadiahmad.com

{ 1 comment… add one }
  • Bang Uddin December 9, 2013, 9:15 pm

    AIR MATA IBU TERHADAP ANAK
    •ketika hendak bersalin
    •ketika selamat bersalin
    •ketika anak sakit
    •ketika anak kelaparan…
    •ketika anak kesusahan
    •ketika anak derita
    •ketika anak berjaya
    •ketika anak meninggal dunua
    •di dalam setiap doanya

    AIR MATA ANAK TERHADAP IBU
    •ketika ibu meninggal dunia

Leave a Comment

CommentLuv badge