Fenomena Isteri Meleteri Suami

by Hasnul Hadi Ahmad on May 22, 2012

in Keluarga, Lelaki & Wanita

”Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti… pot.. pet.. pot.. pet….. ” leter isteri kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah sang isteri tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya sang isteri menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Kebelakangan ini juga, banyak kes-kes penceraian berlaku yang mana anatara sebabnya isteri tidak menghormati suami dan pelbagai lagi yang meruntuhkan institusi rumah tangga yang mana mendirikan rumah tangga itu diibaratkan mendirikan masjid.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: ” Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. ” Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: ” Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan .” Aku bertanya, ” Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? “

Baginda menjawab, ” Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. “

Mengherdik

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekaligus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, ” Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. “

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi hakmilik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: ” Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? “

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: ” Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. “

Bagi kaum wanita & lelaki yang sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa manfaat bagi kita semua… insya’Allah. ..

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT. Tapi kenapa sampai sekarang para isteri masih suka meninggikan suara terhadap suami? Haiyaaaa ini laa olang putih selalu cakap itu isteli haaa itu olang panggil queen control….

Oleh: Mohammad Omar Bin Ismail l hasnulhadiahmad.com

Wallahu’alam….

Incoming search terms:
azab isteri derhaka,kewajipan isteri terhadap suami,kewajiban isteri kepada suami,azab wanita derhaka,dosa tinggi suara pada suami,azab isteri,kata-kata wanita solehah,kata mutiara istri solehah,menghormati suami kata mutiara,akibat isteri derhaka,meruntuhkan sikap queen control,poto wanita solehah lagi berdoa,saya nak jadi istri solehah,seksa isteri derhaka,suami isteri bekerja kerana kos sara hidup yang tinggi,suami miskin,kata kata mutiara wanita berbakti kepada suami,istri yg tidak mengjormati suami berkatabkasar,isteri derhaka,apakah hukum isteri meninggikan suara kepada suami,atikel kisah isteri derhaka,azab isteri mengungkit ungkit,azab istri durhaka pada suami,cerpen suami miskin,dosa isteri tinggi suara pada suami,dosa tinggikan suara kepada suami,hukum isteri tinggi suara kepada suami,Hukum isteri yang banyak berfikiran negatif,hukum istri yang selalu menyumpah suami,hukum suami kata isteri derhaka,tugas seorang isteri

{ 8 comments… read them below or add one }

SulamKaseh May 23, 2012 at 12:38 pm

Thanks atas pengisian yg sgt bermanfaat.. saya mohon share di http://islampelitahidup.blogspot.com/2012/05/fenomena-isteri-meleteri-suami.html
SulamKaseh recently posted..Lensa Along ~ sepetang di rumah Mak TokMy Profile

Reply

Hasnul Hadi Ahmad May 23, 2012 at 1:47 pm

Silakan…Semoga bermanfaat untuk kita semua…InsyaAllah…Selamat berkongsi….
Hasnul Hadi Ahmad recently posted..Antara Insan Yang Dapat Hidayah Allah Melalui Kajian SaintifikMy Profile

Reply

nurmisnan May 29, 2012 at 10:00 am

Alhamdulillah… banyak perkara yg kita si isteri faham dgn
meleteri suami. Semoga kita suami isteri sama2 membina
keluarga bahagia utk dunia dan akhirat..
nurmisnan recently posted..Bunga kemunting cina penawar barah darah dan LeukemiaMy Profile

Reply

Hasnul Hadi Ahmad May 29, 2012 at 1:34 pm

kita hendaklah mencontohi keluarga Rasulullah dalam menjadi suami isteri yang sentiasa diredhai dan dirahmati Allah….
Hasnul Hadi Ahmad recently posted..Idola Yang SebenarMy Profile

Reply

Jual Sofa Online May 31, 2012 at 8:42 am

Terima kasih buat sharingnya, semoga bermanfaat untuk semua…
Jual Sofa Online recently posted..Jaket Kulit RZR – Jaket Kulit Terbaik dan Berkualitas TinggiMy Profile

Reply

Hasnul Hadi Ahmad June 4, 2012 at 9:59 am

Sama2…InsyaAllah….
Hasnul Hadi Ahmad recently posted..Idola Yang SebenarMy Profile

Reply

rizal September 13, 2012 at 1:21 am

nape xleh share?..mohon share kt facebook

Reply

Hasnul Hadi Ahmad September 14, 2012 at 8:13 am

Boleh share kat facebook….Cuba lagi….

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

Page Rank