≡ Menu

Hikmah Terawal Diungkapkan Oleh Luqman Al-Hakim

Buku Kisah Luqman Al-Hakim

Antara Hikmah Terawal Yang Diungkapkan Oleh Luqman

Ulama berselisih pendapat mengenai perkara ini. Di bawah ini dipaparkan antara hikmah Luqman yang terawal.

Berkata Ibn Abi Nujaih: Tuan Luqman telah memerintahkannya agar menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya bahagian yang terbaik dan bahagian yang terburuk. Lantas beliau membawa lidah dan hati kambing. Tuan Luqman bertanya: Apakah ini? Luqman menjawab: Tiada yang lebih baik daripada kedua-dua ini pada haiwan apabila kedua-duanya baik, tiada yang lebih buruk dari kedua-kedua ini pada haiwan apabila kedua-dua ini buruk.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW,maksudnya: “Seseorang itu dinilai dengan dua perkara: hati dan lidahnya”.

Sebahagian ulama’ mengatakan, hikmah Luqman yang terawal ialah ungkapan:

“Duduk yang lama ketika menunaikan hajat besar dan kecil mewarisi buwasir, wap kotor akan naik ke kepala dan merosakkan hati, dengan itu maka duduklah dengan tenang dan bangunlah dengan tenang.”

Ad-Dhohak meriwayatkan daripada Ibn Abbas: Luqman tidak bercakap selama setahun. Kemudian datang kepadanya anak para Nabi dan para hukamak, lantas mereka berkata:

“Bercakaplah.” Luqman pun menyahut: “Tiada kebaikan pada pertuturan, melainkan dengan mengingati Allah ‘Azza Wa Jalla, tiada kebaikan pada diam melainkan dengan berfikir tentang pengembalian.”

(Wasoya Wa Mawai’z Li Luqman Al-Hakim Fil Quran)

Wallahu’alam….

Incoming search terms:
kisah pengajaran,kisah pengajaran islam,cerita pengajaran,Cerita pengajaran islam
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge