≡ Menu

Hukum Makan Siput Escargot Atau Siput Babi

escargot_t1larg

Adakah Siput Escargot Halal Atau Haram Dimakan Oleh Orang Islam?

ISU:

Adakah siput escargot halal atau haram dimakan oleh orang Islam? Siput ini berasal dari Perancis dan diternak secara meluas di banyak negara Eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Ia memiliki rupa yang sama seakan-akan siput babi tetapi daripada genus yang berbeza. Siput babi adalah helix aspersia manakala siput escargot adalah helix pomatia. Siput ini kini boleh didapati dalam menu di sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini.

PENJELASAN:

Escargot adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun (حلزون).

Dalam fiqah, halazun/escargot adalah tergolong dalam kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar. Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah). Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمْ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. (Surah Al-A’raf: 157).

Berdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan.

Pandangan ini disebut dalam keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 2 April 1998 dalam membincangkan tentang pembiakan siput babi. Antara lain, Muzakarah menyatakan:

“Menurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai.

Dari segi kaedah ‘ilah dan ma’lul khabisah ialah ‘ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang”.

Memandangkan isu halal atau haram memakan halazun/escargot adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qat’ie daripada al-Quran dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskannya dan mereka berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala majoriti ulama’ yang mengharamkannya berpendapat ia adalah hasyarat, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Wallahu A’lam.

Sumber: e-fatwa.gov.my

Incoming search terms:
siput babi,siput sedut halal atau haram,hukum makan siput sedut,escargot halal,hukum makan siput babi,siput babi boleh makan,siput escargot,escargot halal atau haram,siput gondang boleh dimakan,hukum memakan siput sedut,siput gonggong halal atau haram,makan siput babi,siput babi makan apa,siput gondang halal,gambar siput babi,jenis2 siput,hukum makan siput,jenis siput,jenis siput yang boleh dimakan,siput babi haram,hukum makan escargot,escargot halal or haram,escargot haram,siput sedut haram,siput babi boleh dimakan,hukum siput air,siput babi halal,hukum makan siput laut boleh dimakan,kenapa siput babi haram dimakan,kenapa siput babi tak boleh dimakan,sejenis siput boleh makan,sebab siput babi haram dimakan,siput babi boleh dimakan atau tidak com,mimpi siput babi,menurut islam hukum memakan siput,semua siput yg boleh dimakan,siput babi boleh dimakan?,siput babi boleh makan ke,siput yang dimakan,siput sedut adakah halal,siput gondang emas boleh dimakan,siput babi boleh makan didalam islam?,siput babi jenis,siput babi halal?,siput babi halal ke haram?,siput makan,siput babi Dan babi,siput babi boleh makan??,tengkuyung gondang,mengapa siput sedut boleh di makan,mazahab yang boleh makan siput,hukum makan gondang,halal tak escargot?,halal atau tak ascargo,Halal apa haram Siput gonggong,gonggong halal?,escargot haram halal,escargot haram atau halal,adakah Escargot halal?,escargot boleh dimakan tak,dalil haram makan siput babi,cara siput babi makan,bea escargot dan gonggong,bagaimana hukum makan siput,hukum makan gonggong,hukum makan siput escargot gonggong,hukum makan siput gondang,makna escargot,makan siput sedut,khasiat siput gondang,kenapa siput babi haram makan,kenapa siput babi haram,jenis2 babi,jenis-jenis siput yang boleh dimakan,jenis siput yg boleh dimakan,jenis siput yang haram dimakan,jenis siput laut yang boleh dimakan,jenis keong escargot,imej siput gonggong,hukum siput sedut,apakah hukum makan siput gondang
{ 2 comments… add one }
  • jepuk malah August 12, 2015, 1:48 pm

    siput sedut dan siput gondang pula mcm mana??? tolong laa jawab yer.. jgn hentam separuh-separuh je.. dh lama aku tunggu penjelasan ni, lama laa gak ni kena berpuasa mkn siput sedut ni..

    • aqmar March 23, 2016, 5:44 pm

      siput sedut hidup dalam air 100%…halal dimakan…siput gondang untuk itik makan. wallahu a’lam.

Leave a Comment

CommentLuv badge