*

Jin Kembar Manusia

by Hasnul Hadi Ahmad on January 27, 2012

in Aqidah & Kepercayaan, Lelaki & Wanita, Pelbagai

Qarin Jin Pendamping Manusia

Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

Wallahu’alam….

Advertise Here
Incoming search terms:
qarin nabi muhammad,qarin dalam al-quran,hadis qarin manusia,hadits tentang qarin,kewujudan syaitan,kisah kewujudan syaitan,nabi muhammads qarin

{ 6 comments… read them below or add one }

Nobat February 23, 2012 at 10:27 am

sekiranya qarin rasulullah itu sahaja muslim…?! bagaimana dengan qarin abu bakar.. umar… osman dan ali… qarin mereka muslim atau tidak? sebagaimana Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

sahabat rasul yg 4 orang tersebut tetap menerima pengajaran quran… takkan Allah jadikan qarin mereka dari jin syaitan…? mohon perjelas…!

Reply

Hasnul Hadi Ahmad February 23, 2012 at 5:52 pm

Sekiranya seseorang itu tidak mengindahkan dan mengikut segala perintah suruhan Allah ta’ala yang termaktub dalam Al-Quran dan Hadis, jadi baginya bersama syaitan, jin, iblis dan qarin dari kalangan jin yang menyesatkan manusia dan sentiasa berdamping untuk menyesat dan merosakkan manusia, tetapi jika seseorang itu mengikut landasan Al-Quran dan Hadis yaitu landasan Islam yang sebenar, Allah akan sentiasa menolong dan melindungi serta menjauhi kita dari kejahatan golongan tersebut.

Sebenarnya perkara ini telah diperbincangkan dan diperbahaskan oleh para2 ulamak terlebih dahu dari kita, bukanlah sesuatu perkara yang baru yg perlu kita teliti semula, cumanya kita perlu mencedok hasil2 yg di perbahaskan oleh para ulamak untuk menjadi bahan rujukan kita, perlulah banyak membaca dan memahami perkara ini dengan lebih jelas.

kalau di tanyakan tentang qarin perkara ini makruf diketahui semua org bahawa qarin adalah kafir dari kalangan jin ia ditugaskan untuk menyesatkan manusia dengan IZIN ALLAH.

Jika seseorg itu memiliki hati yang ikhlas, baik, jujur sentiasa mengikut segala perintah Allah ta’ala meninggalkan segala mcm larangan Nya, maka Allah sentiasa menolongnya agar tidak trpengaruh dengan gangguan jin Qarin ini sehingga dia tidak mampu untuk menyesatkan kita, bukan sahaja Sahabat Rasul yang 4 orang itu sahaja, malah kita pun terselamat dari gangguan dan godaan jin Qarin tersebut. perkara ini banyak disebut diantaranya dlm Majmuk Fatawa.

Rasulullah pernah menyebut setiap orang diantara kita telah diutuskan oleh Allah taala Qarin yg berdamping dngn manusia, lalu para Sahabt pun bertanya, adakah termasuk Nabi Muhammad, baginda mnjawap termasuk Aku, hanya Allah sja yg membntu dan menolong Aku menundukkan Qarin tersebut, sehinggalah qarin tersebut masuk Islam, sehinggakan dia tidak pernah memerintahkan Rasulullah kecuali perkara yang baik, hadis ini dalam Soheh Muslim.

Perkara ini bukanlah sesuatu yg pelik sehingga menyukarkan akal untuk berfikir, ini adalah kekuasaan Allah taala, dan adalah mukjizat dan kelebihan yg dikurniakan Allah kpd Nabi Muhammad, walaupun sekiranya Qarin itu bukan muslim sekalipun Rasulullah dapan menundukkannya dengn peribadi yg ada pada Rasulullah, menjauhi segala kejahatan dan godaannya.

SOAL IMAN???…. Pelbagai dalil dari Al-Quran dan Hadis dapan kita simpulkan bahawa tidak ada tugas lain bagi Qarin ini melainkan mengganggu, menyesatkan, bisikan was was dan sebagainya, dan kita perlu tahu bahawa golongan Qarin ini akan lemah dan semakin lemah mengikut kekuatan IMAN didalam diri seseorang, kalau kita hendak membandingkan IMAN kita dengan Sahabat2 Rasulullah siapalah kita, dengan kekuatan Iman yang ada pada Sahabat2 Rasulullah tidak mampu Qarin2 dapat menundukkan mereka malah golongan Qarin yg ditundukkan.

Apa yg dapat kita ketahui Qarin adalah kafir, semua manusia ada Qarin termasuklah Sahabat2 dan juga rasulullah, hanya Rasulullah sahaja di Islamkan, itu adalah satu mukjizat dan kelebihan yang dikurniakan Allah pada Rasulnya, tidak boleh di pertikaikan lagi, apa yg perlu kita tahu disini bukanlah KAFIR atau pun ISLAM pada Qarin tersebut, tetapi lihatlah pada IMAN yang ada pada diri kita, dengan IMAN yg kuat sajalah mampu menundukkan makhluk tersebut, justru ikutlah KEIMANAN yg ada pada Rasulullah dan Para Sahabt Nabi yg dapat menundukkan segala kejahatan dan gangguan Syaitan. Wallahu’alam….

Reply

didie March 1, 2012 at 12:41 pm

Alhamdulillah. penerangan yang jelas

Reply

Jerome John June 22, 2012 at 12:00 am

Salam damai,

Saya berminat mengenali Islam dan amat tertarik dengan dunia Tasawuf. Saya dapati pelbagai ruang ilmu yang cukup menakjubkan dan mendorong minda saya untuk mengkaji dengan penuh minat.
Terutamanya dalam dunia alam ghaib, yang sering menghantui logik minda saya dan mencabar keupayaan intelek saya secara peribadi untuk mendalaminya.

Jika tidak keberatan, saya mohon petunjuk dari empunya bolg untuk membantu saya dalam pencarian saya ini, dan mungkin kalau diizinkan, saya juga ingin berguru kepada sesiapa sahaja yang sudi menerima saya seadanya.

Amnya…saya seorang yang berfikiran bebas sejak berumur 19 tahun lagi. Saya dilahirkan daripada keluarga kristen, tapi telah lama meninggalkan kepercayaan itu. Dalam kata lain…saya seorang freethinker. Saya memang berminat dalam Islam….tapi kalau hanya sekadar minat dan memeluk Islam, itu tidak mencukupi bagi saya secara peribadi. Saya benar-benar ingin memuaskan hati saya, intelek saya, logik saya, barulah puas hati yang tidak dapat disangkal oleh mana-mana elemen duniawi.

Dengan rendah hati, saya berharap posting ini mendapat respon daripada yang prihatin, dan membantu dalam pencarian peribadi saya.

Terima kasih

Reply

Hasnul Hadi Ahmad June 22, 2012 at 6:01 am

Terima kasih dengan komen anda, untuk mengetahui tentang Islam, kefahaman & kepercayaan dalam Islam, Jerome John boleh bertanya Soal Jawab mengenai Islam (Klik Disini) InsyaAllah, disana ramai pendakwah2 yang arif, dan anda boleh berhubung terus dengan mereka untuk mengetahui Islam dengan lebih mendalam, berusahalah bersungguh2 mendalami Islam, InsyaAllah hidayah Islam itu milik anda….
Hasnul Hadi Ahmad recently posted..Masuk Islam Setelah Lihat Iklan Di BasMy Profile

Reply

mat phero-x August 24, 2012 at 7:40 pm

saya pernah dengar tentang qarin ini tapi tak detail. terima kasih atas perkongsia maklumat ini.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

Page Rank
.