≡ Menu

Jawapan Dan Penjelasan Ustaz Zaharuddin Mengenai Perkahwinan Kedua

Gambar Ustaz Zaharuddin Dengan Dua Orang Isterinya

Isu ustaz kahwin ramai muncul kembali. Sedangkan Sayyidatuna ‘Aisyah Rodhiallahu ‘anha lagikan cemburu, inikan pulak warga FaceBook.

Islam memang menekankan keadilan ke atas kaum lelaki untuk berpoligami. Bukan untuk sedap kahwin sahaja.

Tapi yang lucunya, para lelaki dan wanita yang mengomen tindakan poligami Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Zaharuddin ini, macam pernah tinggal serumah pula dengan ustaz-ustaz ini. Mungkin pernah jadi bibik kot.

Diantara Komen-Komen Warga Facebook :

Warga Facebook  Kutuk Ustaz Zaharuddin Kahwen Lagi - 3

“Islam memang menghukum suami yang berpoligami yang tidak adil. TAPI!!, Islam juga menghukum manusia yang membuat persepsi tidak adil terhadap lelaki yang berpoligami.”Ustaz Azman Syah Ibnu Alias

Berwaspadalah dengan komen-komen anda, setiap perbuatan yang kita lakukan di Dunia ini, tidak akan terlepas di Akhirat walau sebesar zarah sekalipun.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

“Adakah kamu tahu apa itu ghibah?”, mereka berkata : Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda berkata : “Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya“. Dikatakan : Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan? Baginda berkata : “Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya». (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Darimi, Ahmad dan Ibn Hibban)

Ghibah boleh terhasil dengan perkataan, penulisan, isyarat, gelaran dan lain-lain. Maka dengan ini, setiap perkara yang tidak disukai oleh seseorang sekiranya disebut tanpa kehadirannya, walau sekecil mana pun perkara itu, adalah dikira sebagai ghibah atau mengumpat. Oleh itu, berhati-hatilah! Dengan hanya satu kalimah atau satu isyarat sahaja kita boleh terjerumus dalam dosa mengumpat.

“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (Surah Al-Humazah 104:1)

Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

ustaz zaharuddin

Jawapan Dan Penjelasan Ustaz Zaharuddin Mengenai Perkahwinan Kedua

Saya & Poligami ( Mesti Baca Hingga Habis Sebelum Komen) – Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda:

قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل

Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya…..” (Sahih Muslim)

Justeru,

1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.

2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.

3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)

4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.

5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.

6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :

a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.

b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat.

c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.

d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.

e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.

f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.

g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.

h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.

i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.

j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi

k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.

l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.

‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.

Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.

Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.

Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.

Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami. Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya.

Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri saya bagi menyampaikan rasa TIDAK PUAS HATI kalian atau cuba menyampaikan sangsi, ‘racun amarah masing-masing’ dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah diri dan keluargamu, saya pula pasti bertanggungjawab atas keluarga saya. Insha Allah.

Bagi yang bujang, tidak perlu resah..tidak habis wanita solehah di luar sana..rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh juga.

PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.

Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan PERKARA DOSA.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
6 Syawwal 1434

Sumber: Facebook Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

“Barakallah lakuma,wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fie khair”

Taniah kepada Ustaz Zahaaruddin (UZAR) atas perkahwinan kedua beliau, moga diberkati hubungan hingga ke Syurga.

Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

{ 11 comments… add one }
  • lalulalang August 13, 2013, 3:16 am

    “agama sudah macam kondom” awat lahh yg busuk perut sngat, ni bukan setakat hina orang, tapi dah hina agama dah…nilah org kata puak2 pelampau, ikut nafsu ja nak bercakap. Astahqfirullah….

  • asyuwary August 13, 2013, 8:07 am

    Bila agama dipandu dengan akal yang cetek. Tak percaya dengan hikmah yang tersembunyi disebalik keharusan yang ditetapkan syarak. Berhati hati dengan golongan liberal. Menjadikan karl marx sebagai idola. Semoga dilindungi dari puak puak ni.

  • Malaika Mardhiyah August 13, 2013, 12:37 pm

    Mana-mana lelaki yang berkemampuan zahir dan bathin , serta menepati hukum syarak , boleh berpoligami . Tidak perlu dicela sesiapapun . Berlapang dadalah kerana mereka membina masjid :) so jangan runtuhkan . Barakallahu lakumma :) masih ramai remaja muda yang hamil tanpa bernikah di luar sana , namun kurang yang mencela . Ambil perhatian kepada yang tersadai di jalan mungkar . ni x , ustaz nak poligami pun nak kene kutuk . Mesti ustaz2 ni semua ada alasan sendiri .. Walau bagaimanapun , saya tetap yakin bahawa POLIGAMI ITU SUNNAH , NAMUN TIDAK DIGALAKKAN :)

  • Mohamad Yusof bin Hashim August 13, 2013, 2:11 pm

    Yang kita sebuk-sebuk nak komen pasal Ustadz Dr.Zaharuddin Abdul Rahman kahwin lagi tu pasal apa?Biarlah dia nak kahwin 2 ke 3 sebab dia mampu.untuk berlaku adil dikalangan isteri-isterinya.Adakah dia menadah tangan minta derma ke apa ke dari kita semua?Kita ni sentiasa suka menyebukkan diri dengan orang lain punya hal sedangkan masih terlalu banyak perkara lain lagi seperti kes perzinaan dan buang anak,mengapa kita diamkan saja.Memang Allah telah menghalalkan lelaki berkahwin lebih dari 1 dan tidak melebihi 4 orang dalam satu masa,jadi apa masalahnya?Bukan dia minta kita tolong tanggung isteri-isterinya serta anak-anaknya.Bila sudah cukup segala syarat untuk berpoligami,seseorang lelaki itu harus berpoligami.Arwah bapa aku pun ada 6 orang isteri (kahwin 2 dalam satu masa) ada aku kesah?

    • budin August 14, 2013, 12:57 am

      Saya sokong!….

  • Blog Panduan Batin Suami Isteri August 14, 2013, 9:10 am

    Saya sangat sedih terhadap cacian yang dilemparkan kepada ustaz..benda halal kecoh. Maksiat yang orang kahwin dulu nikah kemudian orang buat don’t know sahaja…
    Blog Panduan Batin Suami Isteri recently posted..Anggota Kelamin Tidak Berasa Apa-ApaMy Profile

  • Abd Razak M Yusof August 14, 2013, 5:03 pm

    Alhamdulillah Ustaz….ustaz telah memilih jalan yang betul. Poligami merupakan Sunnah Nabi Muhammad SAW yang harus di junjung dan di laksanakan kerana Nabi sangat berbangga dengan umatnya yang ramai. Jika kita tidak buat siapa lagi yang akan buat sunnah yang Agung ini? Percaya dan yakinlah yahudi..lah yang telah memesongkan sunnah poligami ini. Katanya..jika poligami takut tak cukup makan, takut suami tak adil dan sebagainya. Kepada yang mencerca lelaki berpoligami…ketahuilah anda semua telah menentang sunnah Rasullullah dan Rasulullah sangat berkecil hati bila ianya dicerca dan di caci oleh umatnya sendiri. Janganlah kita mengikut perangai yahudi laklanullah. Sekian wallahu a’lam

    • Anonymous September 15, 2013, 10:46 pm

      salah… Poligami bukan Sunnah… poligami itu HARUS

  • fahmi August 14, 2013, 5:56 pm

    Alhamdulillah…para2 pengomen elok lah baca artikel ni sebelum nak komen… mudah-mudahan mendapat kesedaran apabila membacan artikel diatas, jagalah mulut, lisan dan penulisan kita daripada mendapat ini dari Allah:

    “Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (Surah Al-Humazah 104:1)

    astaqhfirillah…

  • Rina August 25, 2013, 9:42 am

    Semoga perkahwinan keduanya bahagia selalu …
    Rina recently posted..Best List of Free Download Responsive Themes for Blog, Business, Magazine WordPressMy Profile

    • nurzaharah September 29, 2013, 12:38 pm

      Mudah saja sifirnya..poligami menjadi indah kalau pengamalnya menjadikanya indah…selain Allah swt hanya kita dan isteri2 tahu apa yg. sebenarnya..

Leave a Comment

CommentLuv badge