≡ Menu

Karikatur Nabi Muhammad Dan Draw Muhammad Day Adalah Penghinaan Terhadap Islam

Karikatur Nabi Muhammad Dan Draw Muhammad Day

Kali ini, ana akan mengupas serba sedikit mengenai dengan isu melukis gambar Nabi Muhammad. Dimana saban hari, kita mendengar umat Islam sentiasa di tindas di mana- mana, hatta kalau kita perhatikan dikebanyakan negara Islam yang dijajah seperti Iraq, Chechen, Palastin, Afganistan, kebanyakn umat Islam di perlakukan begitu kejam, diculik, dirogol, di bunuh, dihina dan di aibkan begitu sahaja seperti berlaku di penjara ABU GHARIB (IRAQ) dengan tanpa pembelaan dan di beri hak-hak kemanusiaan sewajarnya kepada mereka. Ini kerana mereka digelar semua sebagai ‘muslim’, adakah Umat Islam begitu senang dengan melihat perkara sebegini?? ataupun mengunakan istilah “biarkan, tak pe… bukan kita kena pun….”.

Bahkan kalau kita lihat pada hari ini mereka bukan sekadar membunuh dan menindas umat Islam malah secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad Sallahu alaihiwassalam. Ini terjadi akibat dari kelemahan Umat Islam itu sendiri. Umat Islam yang tidak bersatu dalam pelbagai isu. contohnya, isu palastin, isu masjidil Aqsa, isu penggunaan kalimah Allah dan pelbagai isu-isu sensitif yang lain, yang menyebabkan umat Islam itu di pandang rendah oleh golongan kuffar yang sehingga ada diantara mereka, begitu berani menghina Islam dan juga menghina Nabi Muhammad Sallahu alaihiwassalam yang kita cintai.

Padahal kita tahu bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada agama selainnya mengalahkan ketinggiannya. Sabda Rasulullah saw :

الإسلام يعلوا و لا يعلى عليه

“Islam adalah agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”

Adalah wajib bagi kita, sebagai Umat Islam mempertahankan Islam dan memperjuangkan Islam dari di cemari oleh anasir-anasir pihak musuh yang sememangnya amat membenci Islam dan umat islam.

Kalau kita perhatikan dalam hadis 40 karangan Imam Nawawi ada meyebutkan ‘daripada ABU SA’IID AL-KHUDRI R.A katanya: “aku telah mendengar Rasullullah sallahu alaihiwassalam bersabda: sesiapa daripada kalangan kamu, yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan hati itu adalah selemah-lemah iman.”

(riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah sallahu alaihiwassalam, juga:

”Pada suatu masa kalian akan dikerumun oleh bangsa-bangsa sebagaimana makanan di meja hidangan yang dikerumun ramai-ramai oleh orang yang lapar.”

Salah seorang ada yang bertaya: ”Apakah kerana jumlah kita sedikit pada waktu itu?”

Baginda menjawab: ”Tidak, bahkan kamu pada masa itu jumlahnya sangat banyak, tetapi kalian ibarat buih yang terapung. Dan sungguh Allah akan mencabut rasa takut terhadap diri kalian dari dada musuh-musuh kalian serta Allah akan melemparkan dalam hatimu wahn.”

Kemudian ada yang bertanya: ”Wahai Rasulullah. Apa yang dimaksud wahn itu?”

Baginda menjawab: ”Cinta dunia dan takut mati.”

(Hadith Sahih, diriwayatkan oleh Abu Daud (4297), Ahmad (5/287), dari hadith Thaubah Radhiyallahu anhu, dan disahihkan oleh Al-Albani dengan dua jalannya tersebut dalam As-Sahihah (958).

Bermula dengan penghinaan terhadap gambar Nabi Muhammad oleh Roger Endel Lars Vilks @ laknatullah alaihi (lahir 20 Jun 1946) adalah seorang seniman kartunis Sweden, dimana dia melukis gambar Nabi Muhammad bertubuh anjing. Gambar-gambar itu dipamerkan dalam pameran seni tempatan di bandar kecil Tällerud di Värmland, Sweden, pada bulan Julai 2007. Akhbar tempatan Nerikes Allehanda begitu berani menyiarkannya dengan alasan kebebasan bersuara.

Tindakan itu mendapat bantahan rasmi daripada Iran, Pakistan, Afghanistan, Mesir dan Jordan serta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Al Qaeda Iraq menawarkan $ 150.000 kepada pembunuh beliau. Gunilla von Bahr, duta Sweden ke Iran telah dipanggil untuk menerima surat protes daripada kerajaan Iran. 60 orang Muslim telah berkumpul di hadapan pejabat surat khabar di Orebro membantah penyiaran kartun itu.

Penerbitan 12 kartun Nabi Muhammad di harian terbesar Denmark Jyllands-Posten pada bulan September 2005 menyebabkan demonstrasi keganasan di seluruh dunia Muslim pada bulan Januari dan Februari 2006.

Manakala pada 20 haribulan May 2010 yang lalu, sebilangan pengikut Kristian facebook meraikan ‘Hari Melukis Gambar MUHAMMAD’ atau di panggil dengan “Draw Muhammad Day” yang turut mendapat bantahan meluas dari pengguna facebook Islam di Pakistan dan di seluruh Dunia.

Sudah la umat Islam di tindas di mana-mana saja dan di perlakukan sesuka hati oleh mereka (golongan kuffar) malahan umat Islam pada hari ini semakin lemah, tidak bertenaga dan sering menjadi bahan gelak ketawa masyarakat bukan Islam (non muslim). Apakah tugas mempertahankan Islam ini, hanya sesuai di pertahankan oleh golongan Ulama’, pendakwah, guru-guru agama sahaja??? bahkan relevan kita semua Umat Islam berganding bahu menegakkan syiar Islam, tidak mengira umur, jantina dan juga perbezaan idea politik dengan mengamalkan ajaran Islam bercirikan pegangan Quran dan sunnah Rasulullah sallahu alaihiwassalam. moga-moga usaha kita semua di redhai Allah, di berikan ganjaran pahala dan kejayaan di dunia wal akhirat, insyallah….

Video dibawah menunjukan antara kebiadapan manusia yang sengaja mencemarkan kemulian Islam, semoga video ini memberikan kita keinsafan dan dorongan dalam mempertahankan Agama dan semaikanlah sifat cinta (hub) kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah sallahu alaihiwassalam, moga-moga baginda memberikan syafaat pada kita semua di akhirat nanti.. Amin Ya Raabb……

Sila nyatakan komen@pandangan anda tentang artikel diatas!! dan juga sebagai tanda anda menyokong 100 % usaha bersama ke arah mempertahankan kedaulatan Agama dan kesucian Islam.

Wallahu’alam….

Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan – hasnulhadiahmad.com

Artikel “KARIKATUR NABI MUHAMMAD DAN DRAW MUHAMMAD DAY ADALAH PENGHINAAN TERHADAP ISLAM” yang tersiar di halaman HasnulHadiAhmad.Com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat HasnulHadiAhmad.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Selamat Berkongsi!

Incoming search terms:
azab akibat menghina islam,azab menghina nabi muhammad,isu mengenai nabi muhammad

{ 5 comments… add one }

  • hamizah March 3, 2012, 12:53 pm

    Ini adalah penghinaan yang amat terang dari kaum kuffar terhadap kekasih kita yang dicintai,Rasulullah sallahualaihiwasalam..sungguh,tidak terKATA betapa teruknya fikiran barat yang begitu orientalis dan sosial..

    • dai615 March 16, 2012, 6:36 pm

      Terima kasih di atas semua maklumat,berapa ramai lagi yang tidak tahu perkara sebenar seperti ini,sama-sama kita perjuangkan islam sekadar kemampuannya,sama-sama kita sebar perkara sebenar kepada masyarakat.musuh Allah semakin kuat tetapi umat islam masih lagi dalam kelalaian, ada yang yang tertipu, ada yang tak tahu langsung dan ada juga yang tahu tapi tak amek kisah.semoga risalah ini mendapat faedah kepada masyarakat dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

    • Hasnul Hadi Ahmad March 20, 2012, 12:03 am

      Kita sebagai umat Islam wajib mempertahankan Rasul kita yang tercinta Muhammad S.A.W….
      Hasnul Hadi Ahmad recently posted..Adakah Aku Masuk SyurgaMy Profile

  • khalil al khair May 10, 2012, 10:19 am

    terkutuklah mereka2 yang melakukan perkara sedemikian..TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, NABI MUHAMMAD ITU RASUL ALLAH..

  • Amirul Siddiq August 12, 2013, 4:33 am

    Jikalau ada isytihar perang dengan kaum kafir laknatullah maka saya akan hadir untuk menegakkan agama saya (Agama Islam) . . Ini janji saya . . Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Allahuakhbar !

Leave a Comment

CommentLuv badge