≡ Menu

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

Kuman enterobacter yang tidak merbahaya

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….

Advertise Here
Incoming search terms:
hukum membuang kucing,hadis tentang kucing,kebenaran islam mengenai kucing,maklumat tentang kucing,hukum memelihara kucing,hukum buang kucing,kucing mati,hadis mengenai kucing,cerita tentang islam,sejarah kucing,keburukan memelihara kucing,tentang kucing,kucing dalam islam,bahaya bulu kucing,hukum membunuh kucing,air liur kucing,keistimewaan kucing dalam islam,hukum bunuh kucing,kucing menurut islam,hadis rasulullah tentang kucing,bahaya bulu kucing bagi manusia,kucing,cerita tentang kucing,kucing islam,kebaikan memelihara kucing,hukum bela kucing,hukum memelihara kucing dalam islam,hukum membela kucing,kelebihan membela kucing dalam islam,hadist nabi tentang kucing,keburukan kucing,kelebihan kucing,kelebihan bela kucing,hadis kucing,sejarah tentang kucing,kucing mati dalam islam,Kelemahan kucing,kenapa kucing tidak boleh dimakan,hadits tentang kucing,memelihara kucing dalam islam,info tentang kucing,hadis nabi tentang kucing,kelebihan memelihara kucing dalam islam,sayangi haiwan,kebaikan membela kucing,rahsia kucing,apakah hukumnya membunuh kucing,kebaikkan membela kucing,latar belakang tentang manfaat air liur,kekurangan memelihara kucing,hadist tentang kucing,hukum menjaga kucing,kucing lagi minum,kucing ku lg minum,jantina kucing nabi,kebaikan jaga kucing dalam islam,kelebihan bela kucing dalam islam,hadis sayangi haiwan,pantang2 piara arnap

{ 24 comments… add one }

  • fareed December 2, 2011, 4:56 pm

    Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat. Dalam masa yg sama, nak tau, taphylococcus tu yg mana ye? seingat den, staphylococcus :)

  • HasnulHadiAhmad December 5, 2011, 12:42 am

    Sama2…Selamat Berkongsi Maklumat..dan maaf diatas kesilapan pada perkataan staphylococcus…Syukran….

  • sitizulfa December 17, 2011, 4:22 am

    trima kasih utk ilmu yang bermanfaat dan berguna .mohon izin ambil gambar kucing yg bersertakan hadith tersebut..

  • Mohd Yusri January 8, 2012, 11:34 am

    Terima Kasih kerana sudi berkongsi maklumat yang berguna dan tidak pernah saya ketahui sebelum ini… =)

  • adlin faryna January 12, 2012, 9:06 pm

    mintak share yer… and terma ksih sebab bkongsi maklumat yg sgguh berguna ni…^^

  • Unnie May 3, 2012, 12:02 am

    I love cat!!
    suka sangat kucing..tapi, kat umah xder kucing…sekarang dah tahu semua pasal cat ><

  • mohd May 9, 2012, 12:10 am

    Bulu kucing yg tertggal pulak mcm mana ye?ada pendapat yg mengatakan najis dan ada pulak yg mengatakan dimaafkan jika dibawa dalam solat.nk ikut yg mana satu nih.tlg perbetulkan kalau tersilap.tq

    • Hasnul Hadi Ahmad May 9, 2012, 2:58 am

      Perkara ini banyak khilaf pendapat@pandangan dari kalangan para Ulama’.

      Menurut mazhab Syafi’i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, sama ada semasa hidupnya atau selepas mati. Namun menurut mazhab Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

      Bulu binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kambing, arnab, ayam dan sebagainya, jika terpisah dari badannya sama ada dicabut, tercabut atau sebagainya ketika binatang itu hidup atau mati kerana disembelih maka adalah ia suci (tidak najis).Jika bulu binatang tersebut terpisah sesudah ia menjadi bangkai maka bulu binatang berkenaan adalah najis.

      Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. ( Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ).

      Menurut hukum syarak-syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang. Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang di hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. ( AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ).

      Wallahu’alam….
      Hasnul Hadi Ahmad recently posted..Dosa Di Bawah Pohon LaranganMy Profile

  • syazana May 17, 2012, 12:55 am

    Salam… Terima Kasih atas maklumat yg berguna dan sy minta izin untuk di kongsi kpd yg ln2.

  • mkn.. May 23, 2012, 6:30 am

    Alhamdulillah..saya baru menemui blog anda.melalui facebk dari atikel berkenaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w..sangat menarik akan isiannya..semuga Allah memberi kerberkatan dalam hidup anda dalam dakwah ini..saya mohon izin kongsi bersama agar dapat dikongsi bersama oleh rakan2 yg lain…

  • fieza hafieza July 17, 2012, 1:52 am

    Alhamdulillah.. sedang mencari-cari ilmu tentang makhluk Allah yang comel ini, saya terjumpa blog ini. Terima kasih atas perkongsian.. Izinkan saya berkongsi bersama rakan yang lain juga..

  • izzan July 21, 2012, 1:11 pm

    terima kasih admin utk blog yg menarik ni :)

  • HASIMAH September 5, 2012, 9:16 am

    Nak tanya…. boleh tak kucing peliharaan dimandulkan? ada yang kata tak boleh ada yang kata boleh?

    • Hasnul Hadi Ahmad September 12, 2012, 8:44 pm

      Memandulkan binatang yang boleh dimakan dagingnya seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya adalah harus hukumnya tetapi hendaklah dimandulkan binatang itu semasa kecil.

      Manakala memandulkan binatang kesayangan yang tidak boleh dimakan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan syarat-syarat tertentu iaitu. Bagi menjaga maslahah ammah, maslahah ammah bermaksud:

      – Jika binatang itu membawa penyakit atau dapat menghindarkan haiwan peliharaan daripada penyakit.

      – Menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya.(Seperti Anjing menjaga keselamatan/penyelamat)

      – Mengkasi di haruskan apabila haiwan tersebut beranak-pinak sehingga kita tidak mampu menjaganya dan terpaksa membuang haiwan tersebut atau kita tidak tahu menjaga haiwan tersebut apabila ia melahirkan anak.

      *JIKA PERBUATAN TERSEBUT SENGAJA DILAKUKAN TANPA SEBAB-SEBAB YANG DIHARUSKAN HUKUMNYA HARAM.

      Wallahu’alam….

  • ita September 10, 2012, 5:07 pm

    Terima Kasih..banyak info..akak mohon sharing ni…Alhamdulillah…info menarik..

  • rosnani binti haji abd rahman September 24, 2012, 4:14 pm

    apakah hukum dari segi agama kepada pembunuh kucing?

  • shidah July 30, 2013, 10:08 am

    nak pinjam share kat fb :)

  • shazwan December 3, 2013, 10:33 am

    Jika bulu kucing yg sudah gugur itu haram hujumnya dbawa solay.bagaimna pula jika kita menyentuhnya sebelum solay?

  • Chandkevin34 May 12, 2014, 9:34 am

    Aku nak mihare kucing la klu macam tu tp.
    Tak sangke kucing punye bnyak keistiwmewaan..
    Cum cari kucing tukbd adopsi

  • Hamidun June 10, 2014, 11:41 pm

    terima kasih atas maklumat yg penuh dgn ilmu tntg kucing..

  • eda August 20, 2014, 10:45 pm

    Salam nak tanya.. bulu kucing yg melekat di pakaian kira pakaian itu xsah utk solatnya la ya? Mohon pencerahan sbb sy ada bela seekor kucing dan xsampai hati nk bg dekat org lain sbb ank2 amat sayangkn kucing tersebut.. sy jaga dgn sempurna.. walaupon dalam rumah namun makan minum tmpt tido disediakan.. kucing itu pon xsuka keluar dr rumah dan bermain2 dalam kawasan rumah sahaja… cuma nkkn pencerahan berkenaan bulu kucing yg melekat pada pakaian kite tu xsah utk solat la ya?? Subhanaallah

Leave a Comment

CommentLuv badge