≡ Menu

Khasiat Buah Betik

Kebaikan Buah Betik

Khasiat Buah Betik

Betik atau nama saintifiknya Carica papaya ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika yang mengandungi khasiat yang amat tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh badan manusia.

Khasiat buah Betik yang kaya dengan vitamin A dan berbagai jenis zat vitamin B seperti Riboflavin, zat folate dan cryptoxanthin. Zat ini adalah sejenis carotene yang menghasilkan warna bagi isi buah betik. Unsur ini amat penting sekali bagi kesihatan jantung kita kerana ia dapat melindunginya daripada kerosakan.

Kebaikan Buah Betik 2

Buah Betik juga kaya dengan zat vitamin C. Malah kandungan vitamin C dalam buah betik adalah lebih tinggi dari yang terdapat di dalam buah limau. Setengah biji buah betik yang sederhana saiznya dapat membekalkan kita 100% keperluan vitamin C dalam sehari.

Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

Selain vitamin, khasiat buah betik juga mengandungi kalium, kalsium, serat, zat besi, protein, tiamin, niasin dan enzim papain. Enzim papain adalah unsur yang amat berkesan dalam proses penghadaman makanan.

Kebaikan Buah Betik 1

Antara Khasiat Dan Kebaikan Buah Betik

1. Buah Betik Sebagai Tonik Tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

2. Buah Betik Ubat Bagi Sembelit Dan Penyakit Buasir

Jika mengalami sembelit eloklah memakan betik. Khasiat buah Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan buah betik, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan malah dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

3. Buah Betik Mencegah Batu karang Di Dalam Pundi Kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu karang pada pundi kencing kita.

4. Buah Betik Membantu Peredaran Haid Yang Teratur

Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.

5. Buah Betik Merawat Penyakit Tekak

Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.

6. Buah Betik Merawat Tumit Pecah

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Satu daripada rawatan tradisonal bagi mengubati masalah ini adalah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah. Namun begitu elakkan daripada terkena mata kerana getah muda ini akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga.

Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.Untuk mendapatkan lebih kenikmatan makanlah buah betik yang telah disejukkan sedikit, pastinya menyelerakan.

  • Rasai kelainan buah-buahan tempatan dengan menikmati Jeruk Madu Pak Ali. Dapatkan segera secara perkhidmatan online klik di sini.

Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

Incoming search terms:
keburukan makan buah betik,keburukan buah betik,gambar buah betik,khasiat buah betik untuk ibu mengandung,kandungan nutrisi betik,kepentingan betik,mengandung makan betik,pokok buah betik,khasiat betik untuk ibu hamil,Khasiat buah betik,khasiat buah betik com,Khasiat buah betik masak untuk wanita hamil,khasiat buah betik untuk wanita hamil,makan buah betik semasa uzur,pengetahuan umum betik,sakit belakang dada kiri dekat belikat,betik khasiat untuk haid,kelebihan betik untuk rahim,betik madu,betik masak wanita mengsndung boleh mkn ke,betik pemawar bagi buasir?,betik sesuai untuk ibu hamil,buah betik bagi wanita mengandung,buah betik kebaikn utk jantung,buah betik untuk wanita mengandung,cara betul makan buah betik,caracaramakan buah betik muda,gambar biji betik muda,kegunaan buah betik,vitamin dan fungsi yang terdapat dalam buah betik
{ 2 comments… add one }
  • Noridah October 23, 2013, 10:42 am

    ni tengah sembelit la ni sebab makan ubat. tengah mencari pelbagai buah yang boleh bantu

  • frenzie October 6, 2014, 1:16 am

    sedap buah ni. taruk dalam ais.

Leave a Comment

CommentLuv badge