*

Kisah Sahabat Nabi Merawat Dengan Surah Al-Fatihah

by Hasnul Hadi Ahmad on October 29, 2012

in Kisah & Pengajaran

Kisah Sahabat Nabi merawat dengan Surah Al-Fatihah

Dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia menjelaskan adanya satu
kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi musafir. Di tengah
perjalanan mereka telah singgah di sebuah perkampungan Badwi. Mereka telah
meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan memberinya.

Dengan takdir Allah s.w.t., tidak lama setelah itu, ketua kampung berkenaan telah
disengat binatang. Mereka telah berusaha untuk mengubatinya tetapi gagal.
Sesetengah daripada mereka mencadangkan agar mereka meminta pertolongan
daripada kumpulan orang Islam yang singgah di kampung tadi. Mungkin mereka
boleh membuat sesuatu untuk merawat.

Mendengarkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka, sebahagian daripada
orang Islam tadi memberitahu bahawa mereka boleh menolongnya, tetapi oleh
kerana penduduk tersebut pernah menolak permintaan mereka sebelum itu,
mereka tidak akan menolongnya kecuali setelah berjanji memberi upah.

Rombongan itu bersetuju atas permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor
kambing. Orang Islam yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang sedang
sakit, lalu dihembusnya dengan air ludah pada tempat yang sakit tadi sambil
membaca: “AlhamdulilLah”. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa doa yang
dibaca ialah Surah al-Fatihah lalu perawat tadi mengumpulkan air ludahnya dan
dihembuskan, menyebabkan pesakit beransur sembuh. Dalam satu riwayat lain,
dijelaskan bahawa upah yang diberi ialah tiga puluh ekor kambing.

Keterangan hadis ini memperlihatkan bahawa Surah al-Fatihah itu amat besar
fadilatnya, di antaranya ialah untuk merawat pesakit akibat terkena racun, seperti
disengat kala jengking, lipan dan sebagainya.

Dijelaskan juga dalam keterangan hadis ini bahawa perawat, dengan izin Allah
berjaya melakukan rawatan dengan membaca Ummu al-Qur’an (Surah al-Fatihah).
Kalau difikiri dari segi logiknya, terlalu sukar untuk menerima hakikat, bahawa
pesakit boleh sembuh hanya dengan bacaan Surah al-Fatihah dan sedikit
hembusan air ludah.

Setiap orang Islam boleh dikatakan tahu membaca Surah al-Fatihah, tetapi untuk
meyakinkan bahawa bacaan yang dituturkan membolehkan seorang pesakit,
seperti sakit terkena gigit kala jengking ataupun lipan boleh sembuh, sering
dirasakan seupama sesuatu yang sukar diterima. Malah kita sendiri mungkin tidak yakin bahawa usaha seperti ini boleh berjaya. Tetapi, kesembuhan seperti ini
bukan sesuatu yang mustahil, kerana Allah s.w.t. itu maha berkuasa, tidak digagahi
oleh sesuatu, apabila Ia menghendaki sesuatu, Ia berkata: jadilah maka jadilah (Surah Yasin : 82).

- Darussyifa’

Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

Advertise Here
Incoming search terms:
kisah sahabat nabi,cerita sahabat nabi,kisah sahabat rasulullah,cerita sahabat nabi muhammad,kumpulan cerita nabi,riwayat sahabat nabi,kisah al fatihah

{ 2 comments… read them below or add one }

nurmisnan October 29, 2012 at 6:54 pm

Jika tanpa hadis sohih pun kita sedia maklum bahawa ayat2 Quran yang Allah SWT turunkan amat besar khasiatnya. Ganjaran membaca Quran setiap hari juga dapat memberikan kesihatan yg lebih selain pahala yang Allah SWT ganjarkan..

Thanks for sharing here brother..
nurmisnan recently posted..Makan selepas jam 12 pagi mengundang penyakit jantungMy Profile

Reply

fitriani baddu April 16, 2013 at 7:29 pm

ternyata sombong begitu di benci oleh ALLAH SWT

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

Page Rank
.