≡ Menu

Live Stream Siaran Langsung Dari Dataran Rabaah Adawiyyah

Live Stream  Dari Dataran Rabaah Adawiyyah 1

Siaran Langsung Himpunan Di Mesir | Live Stream Himpunan Di Mesir

Jutaan rakyat Mesir penyokong Dr. Muhammad Mursi memenuhi Dataran Rabaah Adawiyyah untuk menolak rampasan kuasa tentera Mesir yang dibuat oleh Jenderal Abdel Fattah Al-Sisi. Meskipun berdepan peluru hidup dan keganasan tenteta, para penyokong Dr. Mohamad Morsi langsung tidak berganjak dari Dataran Raba’ah yang menyaksikan puluhan orang terkorban ditembak oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi. Malah dikatakan jumlah kehadiran di dataran ini semakain ramai sehingga memeningkan pasukan polis dan tentera Mesir yang telah melakukan rampasan kuasa terhadap Morsi minggu lalu.

Live Stream  Dari Dataran Rabaah Adawiyyah 2

Suasana di medan Rabaah Adawiyyah, mereka mengisi masa terluang dengan membaca al-Quran.

Live Stream  Dari Dataran Rabaah Adawiyyah 3

Penyokong Dr.Muhammad Mursi mengisi masa sebelum berbuka puasa Ramadhan dengan membaca Al-Quran.

Live Stream  Dari Dataran Rabaah Adawiyyah 6

Diantara bahagian-bahagian petugas Rabaah Adawiyyah, kata petugas di dapur Rabaah: “Kami menerima sumbangan daging, “makrona”, roti dan lain-lain yang banyak.. kami tidak pernah mengenali penyumbang-penyumbang tersebut. Semuanya dari Allah..

Di Dapur Rabaah Mesir 1

Di Dapur Rabaah Mesir 2

Di Dapur Rabaah Mesir 3

Persediaan untuk menjamu mereka yang berbuka puasa dari dapur dataran Raba’ah Adawiyyah, Alhamdulillah rahmat dari Allah Ta’ala untuk para pejuang agama Nya.

Rabaah Mesir 1

Rabaah Mesir 2

Rabaah Mesir 3

Pentas utama dataran Raba’ah mengumumkan bahawa ia mencatatkan rekod dunia menyaksikan majlis berbuka puasa paling ramai yang pernah diadakan. Para petugas terpaksa membahagi-bahagikan tempat mengikut wilayah dan terdapat tempat khusus bagi mereka yang datang bersama keluarga. Kelihatan dua buah van yang sarat dengan daging kambing untuk dijamu kepada mereka yang hadir disedekahkan oleh seorang penyokong Mursi sementara penduduk tempatan dari kawasan Madinah Nasr pula mengagihkan bungkusan air jus buah-buahan kepada mereka yang berpuasa.

Live Stream  Dari Dataran Rabaah Adawiyyah 4

Live Stream  Dari Dataran Rabaah Adawiyyah 4.0

Suasana jutaan rakyat Mesir di dataran Rabaah Adawiyyah ketika menunaikan solat terawih.

Live Stream  Dari Dataran Rabaah Adawiyyah 5

Penyokong Dr.Muhammad Mursi menunaikan qiamulail beramai-ramai pada pagi Ramadhan di Medan Rabaah Adawiyyah. Ini adalah salah satu senjata yang di gunakan untuk melawan kumpulan penentang.

Saksikan Live Stream Siaran langsung Dari Dataran Rabaah Adawiyyah

LIVE dari dataran Raba’ah, lebih 5 juta rakyat yang datang dari Kaherah dan luar Kaherah membanjiri Raba’ah Adawiyyah ketika ini. Untuk mengikuti perkembangan semasa, saksikan siaran langsung dari dataran Rabaah Adawiyyah di Al-Jazeera Mubasher Misr.

Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

{ 1 comment… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge