≡ Menu

Makanan Dan Minuman Ahli Syurga Dan Ahli Neraka

Syurga Atau Neraka

Antara Makanan Dan Minuman Ahli Syurga Dan Ahli Neraka

Makanan Ahli Syurga

Buah-buahan.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.” (Surah Al-Tur 52:22)

Daging.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.” (Surah Al-Waqi’ah 56:20-21)

Terdapat pelbagai lagi makanan di syurga yang tidak tergambar di minda kita.

Makanan Ahli Neraka

Zaqqum: Rupanya sangat buruk seolah-olah kepala syaitan dan berasal dari pokok yang keluar dari dasar neraka.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.” (surah Ad-Dukhaan 44:43-46)

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?. Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat). Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang. Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan. Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya. Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi – selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak. Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.” (Surah As-Saaffaat 37:62-68)

Dari’: Pokok berduri yang tidak menggemukkan dan tidak mengenyangkan.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri, Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.” (Surah Al-Ghaasyiyah 88:6-7)

Ghislin: Darah dan nanah.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur.” (Surah Al-Haaqqah 69:36)

Zi ghussah: Makanan yang menyumbat di kerongkong.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah Al-Muzzammil 73:13)

Minuman Ahli Syurga

Arak yang tidak memabukkan dan lazat.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir, Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya, Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.” (Surah As-Saaffaat 37:45-47)

Sungai dari Arak, Madu dan Susu.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!” (Surah Muhammad 47:15)

Salsabila: Air Mata di dalam Syurga.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai “Salsabil”.” (Surah Al-Insaan 76:18)

Minuman Ahli Neraka

Hamim: Minuman yang sangat panas sehingga usus boleh terpotong.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!” (Surah Muhammad 47:15)

Ghassaq: Nanah yang mengalir dari kulit ahli neraka.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka)” (Surah Saad 38:57)

Sadid: Air Nanah.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka).” (Surah Ibrahim 14:16)

Muhl: Kotoran Minyak yang menggelegak.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.” (Surah Ad-Dukhaan 44:45-46)

Wallahu’alam….
Susunan: hasnulhadiahmad.com

Incoming search terms:
imej syurga,syurga
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge