≡ Menu

Masuk Islam Setelah Berpuasa Di Bulan Ramadan

Ramadan Bulan Hidayah

Masuk Islam Setelah Berpuasa Di Bulan Ramadan

Bennet, wanita yang berasal dari New York dan juga Puerto Rico. “Saya juga seorang keturunan Amerika-Afrika,” ujarnya kepada onislam. “Ketika masih memeluk Kristian, saya hanya pergi ke gereja untuk majlis-majlis khusus atau Krismas, dan kemudian terus melakukannya lagi di tahun-tahun berikutnya. “

Sebenarnya pengalaman pertama berpuasa di bulan Ramadan ketika Bennet belum lagi menjadi seorang Muslimah. “Saya telah berlatih puasa satu hari sebelum atau masa sebelum Ramadan. Saya bangun untuk bersahur, mengingat bahawa saya akan berpuasa pada hari itu. Tapi waktu itu bukan pada bulan Ramadan. Tapi saya tetap melakukannya ketika itu,” kenangnya.

“Saya kemudian berpuasa dan bekerja sepanjang hari dan semuanya berjalan lancar tanpa makan. Jadi saya mencari cabaran. Kemudian saya memutuskan ‘OK, jadi saya putuskan untuk berpuasa penuh di bulan Ramadan.’ Tapi pada ketika itu saya belum lagi menjadi seorang Muslimah. Saya berjaya berpuasa satu bulan penuh. “

Apabila Bennet berjaya berpuasa penuh di bulan Ramadan, Bennet merasakan seperti meraih satu pencapaian peribadi untuk dirinya sendiri. “Saya merasakan kedamaian. Saya merasakan sejenis cinta yang tidak pernah diberikan kepada saya oleh ahli-ahli keluarga saya,” katanya.

Tiga minggu selepas bulan Ramadan, Bennet memutuskan untuk masuk Islam. “Saya masuk Islam pada 13 September 2009. Rasanya seperti hari-hari lain, tapi hari berikutnya saya merasakan sesuatu yang luar biasa. Puasa Ramadan itu sangat mengagumkan,” ujar Bennet.

Sepanjang Ramadan, Bennet melawat ahli keluarganya. “Saya ingin bersama mereka. Saya telah mengamati semua agama lain dan saya tidak mendapatkan perasaan luar biasa, “katanya.

Diterjemahkan oleh: Detik Islam, sumber dari islampos.com

Wallahu’alam….

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge