≡ Menu

Mesir Dan Al-Azhar As-Syarif

MESIR DAN AL-AZHAR AS-SYARIF

SEJARAH RINGKAS AL AZHAR

Kaherah merupakan ibu negara Mesir.Umurnya telah menjangkau lebih seribu abad.Bangunan-bangunan lama masih terus didiami,lorong-lorong gelap penuh dengan sampah-sarap,lopak-lopak air dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya Bandar ini.Walaupun bagaimanapun,situasi ini seakan tidak terasa,hilang terselindung di sebalik gemerlapan sinar mutiara agung al-Azhar,sebuah gedung ilmu yang terkenal di seluruh dunia.

UNIVERSITI TERAWAL DIDUNIA

Seluruh pelusuk dunia mengetahui al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional islam yang sering mengocakkan kealpaan jahiliyyah.Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani oleh mereka.Pihak musuh sememangnya memendam dendam dan sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan al-Azhar.Sejak dahulu lagi.al-Azhar didatangi oleh para pelajar dari serata dunia seperti China,Eropah,India dan lain-lain.Semakin hari al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan bermula zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyyah lagi.

SEJARAH PENUBUHAN

Mengikut catatan sejarah silam,Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu al-Azhar.Mengikut lembaran awal sejarah,tertera bahawa tanggal 6 Julai 969 Masihi merupakan satu tarikh agung bagi negara ini.Kaherah dibuka dengan rasminya dan dijadikan sebagai ibu negara Mesir.Lebih kurang setahun selepas itu,4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359 Hijrah,kerja-kerja pembinaan masjud al-Azhar mula dijalankan.Pembinaan masjid dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli,seorang panglima yang gagah perkasa pada zaman Fatimiyyah.Usaha mulia ini selesai pada hari Jumaat,22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadan 361 Hijrah.Pada hari Jumaat yang bersejarah inilah,sembahyang Jumaat yang pertama didirikan di masjid berkenaan.Pada tahun 378 H (988 M),wazir kerajaan Abbasiyah di Mesir,Ya’kub ibn Kals telah mencadangkan kepada pemerintah zamannya,Khalifah al-Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah,institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.Bermula dari tarikh tersebut,ramai umat Islam yang berduyun-duyun ke kawasan tersebut.Masjid itu dinamakan Jami’al-Azhar.

MERCU AZAN

Masjid al-Azhar mempunyai tiga mercu azan.Walaupun rupa dan bentuk mercu ini berbeza di antara satu sama lain,namun pintu gerbang al-Azhar tetap tampak terselah dengan kewujudan ketiga-tiga mercu tersebut.

Mercu-mercu ini dibina pada tiga zaman.Mercu di sebelah kiri pintu gerbang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Qaitbay,sementara yang disebelah kanan didirikan pada 1501 Masihi oleh Sultan Qansuh al-Ghauri,sultan terakhir pada zaman Kesultanan Mamalik.Kemudiannya pada kurun ke-18,satu lagi dibina oleh al-Amir Abdul Rahman.Semenjak itu,kekallah al-Azhar dengan tiga mercu azan.Setiap mercu mempunyai keistimewaannya tang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.

GEMPA BUMI DI MESIR

Sekitar tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah,satu bencana alam yang dasyat telah berlaku.Banyak kerosakan dan kerugian harta benda terpaksa ditanggung loeh rakyat dan kerajaan Mesir.Al-Azhar juga kehilangan sebahagian besar binaanya ketika gempa bumi tersebut.Namun kerja pembaikan dijalankan dan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda.Pada detik inilah bermulanya pengajian di Masjid al-Azhar dan kawasan di masjid Azhar dan Madrasah At-Tibrisiah merupakan madrasah pertama didirikan. Ia diasaskan oleh Al-Amir Tibris Ibnu Abdullah Al-Waziri seorang ketua tentera pada zaman Sultan Al-Mansor. Beliau meninggal dunia pada 719 Hijrah dan jenazah beliau dikebumikan di Madrasah tersebut.

MATLAMAT AL-AZHAR

Cemburu musuh Al-Azhar meluap-luap melihat Azhar. Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana sasaran dan objektif Al-Azhar satu hari nanti akan menghancurkan mereka. Pada oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam sejarah Mesir gara-gara menentang penempatan baru penjajah Perancis di tanah Zaitun ini. Ketua jihad ini terdiri daripada sheikh-sheikh Al-Azhar yang bersemangat. Anatarnya Sheikh Sulaiman Jausuki dan Sheikh Mauruki. Tragedi ini berlaku di persekitaran Al-Azhar dan Hussin.

Perkara yang menyemarakkan kemarahan ialah pemusnahan ribuan kitab oleh penjajah Perancis. Namun umat islam tidak akan mendiam diri apabila diperlakukan sedemikian rupa. Pada tahun 1800 Masihi, bangkit manusia berhati singa dari Al-Azhar yang bernama Sulaiman Al-Halbi dan beliau mengembalikan maruah umat islam dengan menumpahkan darah Cilber, ketua Perancis di Kaherah kerana perbuatannya sekali-kali tidak dimaafkan oleh islam. Selepas itu, tercatat sekali lagi sejarah apabila buat pertama kalinya orang-orang Mesir memilih hakim dikalangan Azhari. Muhammad Ali Hakiman, hakim lulusan Al-Azhar dilantik pada tahun 1805 Masihi dan beliau berjaya menentang Inggeris yang lancing menghina Al-Azhar. Lanjutan daripada itu, Mesir dihimpit krisis permusuhan tiga segi pada tahun 1956 dalam masa pemerintahan Jamal Abdul Naseer. Sekali lagi Al-Azhar memainkan peranan yang penting. Selepas tamat krisis itu, Mesir berada di dalam keadaan aman dan nama al-Azhar semakin mekar di jambangan dan harumnya tersebar di serata dunia.

AL-AZHAR PADA PEMERINTAHAN AYYUBIYYAH (567-648 H) (1171-1250 M)

Apabila kerajaan Syiah yang menganut mazhab Ismailiyah meletakkan Ismail ibn Imam Jaafar as-Sodiq sebagai khalifah,pelbagai penyelewengan dan kemungkaran berleluasa.Pemerintahan Abu Muhammad Abdullah ibn Yusuf al-Mustausir atau lebih dikenali dengan gelaran al-‘Adhid adalah seorang pemerintah yang zalim dan suka menindas rakyat.Beliau mengenakan pelbagai cukai yang tinggi terhadap golongan Ahlul Sunnah wal Jamaah.Sikap negatif ini melarat kepada pembesar-pembesar Fatimiyah dengan menggunakan kuasa yang dimiliki untuk mengumpul kekayaan sendiri.Walaubagaimanapun,Salahuddin al-Ayubi yang berasal dari Kurdistan bangkit menghapuskan segala penyelewengan yang berlaku sehingga al-Adhib terbunuh pada 567H(1171 M).Salahuddin mencapai kemenangan dalam beberapa peperangan sebelumnya hasil susunan strategi dengan penuh sabar dengan tujuan untuk melenyapkan akidah Syiah.

Pertamanya Salahuddin mendirikan madrasah Nasiriyah pad tahun 566H(1170M) berhampiran Masjid Amru al-As bagi mempelajari Mazhab Syafie hingga beliau berjaya menguatkan kembali pengaruh mazhab ini.Kemudian,Madrasah Qamhuyyah diwujudkan untuk mengajar Mazhab Maliki.

Setelah berjaya menguasai pentadbiran, hakim besar bermazhab Syiah dipecat dan diganti dengan hakim besar bermazhab Syafie iaitu Sadruddin Abdul Malik Dirbas As-Syafie. Ulama yang berpegang dengan mazhab Syafie dihantar ke seluruh pelusuk nagara dengan tujuan melemahkan pengaruh mazhab Syiah Ismailliyah. Pada tahun yang sama, Salahudin mengarahkan nama Al-‘Adhib Fatimiyah yang sedang sakit diganti dengan nama Khalifah Abbasiah yang baru menaiki takhta kerajaan tersebut Al-Mustadhik di dalam khutbah-khutbah dan majlis-majlis.

Salahuddin Al-Ayubi amat menekankan sektor pendidikan. Beliau berusaha mempertingkatkan taraf pendidikan di kalangan rakyat di samping mengeluarkan peruntukan besar. Beliau berusaha mengadakan pengajian ilmu-ilmu naqli, seperti ilmu tafsir, hadis, fiqh, ilmu kalam, bahasa arab dan sastera. Bahkan, beliau juga mengadakan pengajian ilmu aqli seperti falsafah, mantiq, sejarah, kesihatan, perubatan dan ilmu lain bagi melakukan reformasi pendidikandan pemikiran terhadap institusi pengajian ini. Al-Azhar yang pada suatu masa dahulu menjadi institusi utama penyebaran ajaran Syiah bertukar wajah secara mendadak sejak di bawah pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi. Ajaran Syiah sama sekali dihapuskan sebaliknya ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi dasar utama pendidikan Al-Azhar.

Dengan kestabilan dan keadilan pemerintahan yang dilakukan oleh Salahuddin al-Ayubi,beliau meletakkan batu asas yang cukup kuat bagi kerajaan Ayyubiah untuk terus tertegak walaupun selepas zaman pemerintahannya.Sejak dari awal lagi panglima yang bijaksana dan warak itu tidak berniat untuk mendirikan kerajaannya sendiri tetapi disebabkan Khalifah Nuruddin Zarqi tidak meninggalkan keturunan yang layak mewarisi kerajannya ,maka kuasa pemerintahan telah beralih ke tangan Salahuddin al-Ayubi.Secara tidak langsung pemerintahan kerajaan Mamalik bertukar kepada kerajaan Ayyubiah.

Pada zaman kerajaan Ayyubiah Salahuddin membangunkan 26 buah institusi pengajian yang lain.Di antara institusi pengajian yang dibangunkan ialah Madrasah Nasiriyah,Salahiyah dan Qamhiyah.Dan tenaga pengajar yang utama ialah ahli falsafah yang terkemuka iaitu ibnu Khaldun.Bahkan hampir semua institusi pengajian yang dibina pada abad ketujuh dan kelapan hijrah mengikut sistem dan methodologi yang digunakan oleh al-Azhar.

Diantara tokoh-tokoh yang lahir ketika itu ialah:

Abu Qaseem al-Manfalluti

Syeikh Syamsuddin al-Atabaki

Sa’aduddin al-Harithi al-Hambali

Jalaluddin as-Sayuti

Syeikh Sahabuddin as-Sharuddin

Syeikh Shamsuddin ibn Khalk

AL-AZHAR PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIAH

Bendera kerajaan Islam Uthmaniah pertama kali dicacak dibumi Mesir pada Januari 1517M,setelah Sultan Salim mengalahkan kerajan Mamalik dan mendudukinya selama 8 bulan sebelum pulang ke Qastaniniah,pusat pemerintahannya.Sultan Salim menjemput pakar-pakar dalam pelbagai bidang keilmuan dari Mesir di samping membawa pulang kitab-kitab dari perpustakaan al- Azhar untuk digunakan sebagai formula bagi memajukan kotarayanya.

Gelaran as-Syeikh mula diperkenalkan pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah pada awal abad ke-17M melalui budi bicara dan ketetapan perlantikkan daripada Khalifah.Sehingga hari ini,jawatan ini masih dikekalkan.Pada peringkat awalnya,gelaran ini diberikan kepada tokoh ulama’ yang memenuhi syarat-syarat tertentu berdasarkan pilihan pemerintah.Seterusnya apabila kerajaaan Uthmaniah lemah,perubahan berlaku terhadap kuasa perlantikan ini.Jawatan ini kemudiannya dilantik di bawah kuasa ahli jawatankuasa pentadbiran berdasarkan persepakatan yang dibuat.

PEMBERONTAKAN MENENTANG PERANCIS

Pada 24 Julai 1798,Perlembahan Nil jatuh ke tangan penjajah Perancis di bawah Napolen Bonaparte.Maka panji berbelang ungu,putih dan merah berkibar di Istana Muhammad Bek di al-Azkiki.Penjajahan yang bersifat kolonialisme dan dictator menjadi amalan kuasa-kuasa besar Perancis,British dan Belanda untuk mempusakai bumi umat Islam yang luas ini.Bermula Morocco sebelah barat sehingga Miranki dan Indonesia Timur.

Pada ketika itu,Mesir yang berada dibawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah merupakan negara Arb yang pertama dijajah oleh Perancis.Hal ini membuka jalan imperils menjajah negara-negara Arab yang lain.Bagi melemahkan umat Islam ketika itu,Napolean Bonaparte memainkan muslihatnya yang sangat halus dengan berpura-pura menganut Islam dan memandang tinggi terhadap pencapaian ketamadunan umat Islam.Beliau memberikan perhatian sepenuhnya terhadap al- Azhar.Malahan itu, beliau menjadikan al-Azhar setaraf dengan universiti Sarbone di Paris.

Di bawah rancangan La Politique Musulmane de Bonaparte iaitu Politik Islam Bonaparte,skim gaji baru yang menarik serta bersistematik diperkenalkan kepada syeikh-syeikh al-Azhar.Kemudahan seperti keldai disediakan kepada mereka bagi memudahkan urusan perhubungan.Napolean Bonaparte juga memilih mereka menyertai Dewan Qaherah bagi membincangkan hal-ehwal rakyat dan pembangunan negara. Malah tentera Mesir diarahkan memberi khidmat dan bantuan kepada kaum muslimin di negara tersebut bagi menyambut hari-hari perayaan. Peruntukan yang besar juga dikeluarkan bagi menjayakan rancangan tersebut. Namun begitu segala yang dilakukan tersirat padanya niat busuksemata-mata untuk melobi kekayaan dan keuntungan yang bakal diperolehi dari negara umat yang memilik pelbagai tamadun itu.

Pada masa yang sama, mereka menunjukkan hubungan yang baik dengan tentera Turki yang berada di Mesir.Perancangan rapi ini belum pernah dilakukan oleh golongan kafir terhadap sejarah umat Islam Mesir. Sebelum ini sejarah membuktikan bahawa tentera Islam berkali-kli berjaya mengalahkan tentera Eropah dalam setiap peperangan Salibiyah. Walau bagaimanapun,tipu helah itu sia-sia apabila masyarakat Mesir mengetahui kedatangan mereka ke bumi Mesir. Faktor utama yang menyebabkan kedatangan Perancis mendapat tentangan adalah perbezaan akidah.

Kisah sejarah yang datang dari negara-negara jajahan Perancis menggambarkan kejahatan kolonial itu. Di samping itu, Murad dan Ibrahim dua tali barut penjajah(mendapat sokongan Perancis)adalah zalim,kejam dan dibenci oleh rakyat Mesir. Lantaran itu,l-Azhar menjadi tempat perbincangan masyarakat bagi memulakan pemberontakkan menentang pen jajah.Setelah semua senjata yang mereka kumpulkan memenuhi stor-stor simpanan, maka para pelajar bersama pemimpinnya Syeikh Sadat, ahli majlis syura al-Azhar mengumpulkan 15 ribu tentera untuk memulakan pemberontakkan.

Dalam pemberontakkan itu, Jeneral Dybury mati apabila ditembak di dada.Umat Islam dan al-Azhar menang dalam pemberontakkan ini, tetapi ketika dalam perjalanan pulang, tentera Perancis menyerang balas. Kesan daripada itu, beberapa dinding al- Azhar hancur akibat terkena lontaran api. Tentera Perancis berjaya menahan 80 orang pemuda-pemuda al-Azhar dan dijtuhkan hukuman gantung. Walaupun hukuman tersebut bertujuan memberikan pengajaran yang mengerunkan kepada penduduk, kemarahan dan kebencian terhadap penjajah Perancis semkin meluap-luap dalam dada pendukung-pendukung al-Azhar.

Kebangkitan mereka kali kedua berlaku pada 12 April. Dalam pertempuran yang sengit ini, banyak jiwa dari kedua-dua belah pihak terkorban termasuklah ketua tentera Perancis yang bengis bernama Clybeer. Serentak dengan itu, pemerintah Perancis memulakan perang saraf dengan memburukkan al-Azhar dan menyifatkannya sebagai punca perpecahan dan kemusnahan. Setiap pelajar dituduh dan ditohmah dengan pelbagai gambaran yang buruk.

Lantaran itu, demi menjaga kemaslahatan pelajar-pelajar asing yang datang dari pelbagai pelusuk tempat, maka Syeikh Abdullah Sharqawi, Syeikh as-Sowi dan Syeikh al- Mahdi mengambil keputusan yang drastic untuk menutup universiti al-Azhar buat sementara waktu.

Hasil daripada pemberontakkan kedua ini, pemerintah Perancis mula melakukan permusuhan terbuka dari pelbagai sudut. Berkat kewibaan ulama’ al-Azhar, kesemua permusuhan dan permasalahan yang timbul dapat di atasi dengan segera. Pemimpin utama al-Azhar iaitu Syeikh Sadat menerima seksaaan di penjara Qal’ah. Malah Perancis juga mengenakan peraturan dan cukai yng tinggi dengan tujuan untuk memeras rakyat Mesir agar menerima kepimpinan mereka. Akhirnya, berkat kegigihan dan pengorbanan yang dilahirkan oleh pejuang-pejuang Islam dalam menuntut kemerdekaan daripada cengkaman penjajah terbukti, rakyat Mesir berjaya menghalau keluar Perancis dari tanah air mereka.

MUHAMMAD ALI DAN AL- AZHAR

Pemberontakan menentang Perancis dilakukan secara besar-besaran untuk menghalang kekejaman penjajah. Malangnya, para pemimpin tempatan mengambil sikap membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap penderitaan rakyat di samping berlumba-lumba mengumpul kekayaan.Justeru itu, ulama’ al-Azhar berjuang bersama rakyat di bawah pimpinan as-Syahid Umar Mukkaram untuk menuntut keadilan daripada Ahmad Khursid, gabenor yang dilantik oleh pemerintah Uthmaniah di Mesir. Apabila 40 ribu orang mengepung tempat kediamannya di Qal’ah, lalu beliau menghantar wakil meminta bantuan tentera dari Qalyub untuk meleraikan kepungan rakyat terhadap istananya, tetapi usaha tersebut gagal apabila utusan tersebut tidak menemui tentera yang sanggup bertindak demikian.

Apabila perkhabaran ini sampai ke pengetahuan Kerajaan Uthmaniah di Althitanah , beliau memerintahkan Ahmad Khursid dipecat dan digantikan oleh Muhammad Ali. Muhammad Ali berbaik-baik dengan ulama’ al-Azhar malah memainkan peranan untuk membina masa depan cemerlang. Beliau yang mengetahui hubungan buruk dengan tentera-tentera Turki dan rakyat Mesir mengkritik beberapa penyelewengan dan kekejaman yang berlaku dan menuntut penurunan cukai.

Ulama’ al-Azhar bersetuju perlantikkan Muhammad Ali sebagai wazir pemerintahan Uthmaniah di Mesir setelah melihat keadaan baik dan sifat kepimpinannya. Mereka meletakkan syarat Muhammad Ali mesti memerintah dengan keadilan dn kesaksamaan serta melaksanakan kebajikan rakyat.. Ketetapan ini dipersetujui oleh jawatankuasa tertinggi kerajan tersebut.

Antara pembaharuan yang di buat ialah:

Mendirikan sekolah El Shen

Mendirikan Darul Ulum

Mendirikan Al-Jamiah Al-Masriyyah

Mendirikan Madrasah Al-Qudha As-Syar’ie

SEKOLAH AL- SYEN

Pada 1836M, Muhammad Ali mendirikan sebuah madrasah di Azbakiah dan mengambil tenaga pengajar dari al-Azhar. Subjek yang diajar adalah kursus berkaitan dengan Bahasa Arab yang menggunakan teks Arab seperti Matan Arjumiyyah, Syeikh Khalid dan beberapa buah kitab yang lain. Tidak beberapa lama kemudian, madrasah tersebut mengadakan subjek khas seperti Fiqh Empat Mazhab. Rafah Rafie Tantawi bertanggungjawab dalam hal tersebut. Beliau membuat pelbagai reformasi terutama dalam bidang pendidikan setelah berjaya menamatkan pengajian di seberang laut. Di madrasah ini, beliau mengembangkan usaha-usaha penterjemahan dan pembaikpulihan kitab-kiatb lama serta memperbesarkan perpustakaan. Pada awal pemerintahan Abas1 pula, madrasah ini dipindahkan ke Nasiriyah. Apabila madrasah ini dimansuhkan , beliau dilantik sebagai nazir sekolah-sekolah rendah di Khartoum, Sudan.

DARUL ULUM

Pada 15 Safar 1128H (1817M), Darul Ulum didirikan. Di samping mengajar Bahasa Arab, madrasah ini memberi penekanan terhadap ilmu-ilmu semasa, methodology pendidikan dan pembelajaran. Darul Ulum menyumbangkan peranan yang amat besar di bidang kesusasteraan dan Bahasa Arab.

Di antara mereka yang pernah mengajar ialah:

Muhammad Abduh

Hassan At Tawi

Hussein Al Marsafi

Hamzah Faathullah

Sulaiman Al-‘Abd

Hasunnah Nawawi

Muhammad Al Khudri

Abdul Aziz Jawish

Muhammad Abduh Mutallib

Hafui Naseef

Muhammad Zaid

KEBANGKITAN AL-AZHAR MENENTANG PERANCIS

Pada subuh 21 Oktober 1798, 3 bulan selepas penaklukan tentera Perancis ke atas Mesir, pemberontakan di bawah pimpinan Syeikh Muhammad Sadat meletus. Pemberontakan ini berlaku apabila Majlis Syura al-Azhar membuat keputusan melancarkan jihad menentang Perancis.

Kebangkitan menentang Perancis disebabkan beberapa factor.Perbezaan agama adalah factor terbesar yang menyebabkan berlakunya pemberontakan. Rakyat Mesir menganggap kerajaan Turki Uthmaniah sebagai saudara seagama yang mesti dibantu dan dipertahankan bermati-matian. Manakala, agama Kristian yang dianuti Perancis adalah agama yang amat dibenci sejak dari berkurun-kurun lagi oleh nenek moyang mereka. Mereka tidak akan menukar pegangan yang mampu menyelamatkan mereka dunia dan akhirat.

Kekalahan tentera Perancis di Port Abu Khir Iskandariah menyakinkan mereka bahawa Perancis berada dalam keadaan yang terlalu lemah.Keruntuhan social yang berleluasa seperti pengembangan perniagaan arak , tarian-tarian gelek, rasuah dan lain-lain lagi.Kezaliman dan penindasan terhadap tokoh-tokoh ulama’ yng mengkritik pemerintah.Perbezaan budaya, bahasa dan pakaian di kalangan pegawai-pegawai penjajah yang berurusan dengan mereka.

PENGAJIAN AL-AZHAR

Sejarah pengajian di al-Azhar selari dengan sejarah Jami’ah tersebut telah melalui liku berkelikir dalam perjalanan yang masih jauh. Pengajian dimulakan dengan menggunakan Kitab I’tisar yang mengajar fiqh Syi’ah sebaik sahaja ia dibina dalam tahun 365H (975M) setelah mendapat arahan daripada pemerintah kerajaan Fatimiyyah al-Maizli Din Daulah, Qadil Quda’ Abu Hassan Ali ibn Nukman ibn al-Qaitawani.

Setelah mendapat nasihat daripada menterinya Ya’akub ibn Kals, ditetapkan pada malam Selasa dan Jumaat, penggunaan Waziriyah sebagai perbincangan usul fiqh Syi’ah. Selepas itu, penambahan madah-madah lain dilakukan sehingga institusi tersebut menjadi institusi pertama yang membincangkan segala bidang ilmu, dengan cabang-cabang ilmu yang dipecahkan kepada Ulum Quran, Tafsir, Hadith, Tauhid, Sejarah, Riadah, Falaq, Bahasa, Sastera dan sebagainya. Diadakan juga pembelajaran khusus untuk wanita. Semua ini dilakukan dengan penggemblengan yang sepenuhnya diantara rakyat dan pemerintah, guru-guru, syeikh-syeikh dan murid-murid untuk menyebarkan ajaran Syi’ah di seluruh pelusuk alam.

Jawatan yang paling tinggi disandang oleh Da’ie Du’at. Walaupun jawatan ini diberikan kepada khalifah tetapi ia mempunyai kredibiliti yang tersendiri, bebas daripada khalifah.Ia boleh menjalankan kerja-kerja agama dan memberi pandangan bebas.

Di bawah kerajaan Ayubiyyah pula, Sultan Salahuddin yang telah berjaya menghapuskan pengaruh Syi’ah telah mengemaskinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab. Di samping itu, baginda juga menggalakan doctor peribadinya, Musa bin Maimun mengajar ilmu perubatan, falak dan riadhah. Ilmu kesusasteraan Arab pula diajar oleh Abdul Latif al-Baghdadi, seorang guru dari Baghdad yang bijak dalam bidang ilmu kalam, mantiq dan perubatan.

Pendekatan yang digunakan semasa pembelajaran berbentuk halaqah iaitu seorang syeikh akan mengambil tempat yang agak tinggi di tepi tiang masjid dilingkungi oleh murid-murid. Pembelajaran akan dimulakan dengan Bismillah, doa, salam dan selawat kepada Rasulullah serta diikuti ilmu yang akan dipelajarinya. Sejurus selepas itu, syeikh tersebut akan memperbetulkan kesilapan bacaan dan tulisan murid-muridnya, mengulang pelajaran yang lalu, menyambung pelajaran baru dan diakhiri dengan perbincangan dan soal jawab serta ditutup dengan surah al-Fatihah. Dengan cara ini, pelajar-pelajar tidak akan ponteng untuk mengelakkan ketinggalan. Kitab-kitab yang digunakan adalah hasil tulisan tangan perempuan dan abdi-abdi lelaki serta penulis-penulis yang diupah.

Pada zaman pemerintahan Mamalik pula, Jami’ al-Azhar telah mengekalkan kegemilangannya ketika seluruh Jawami’ dan universiti-universiti Islam di Baghdad telah hancur meninggalkan puing-puing abu runtuhan bangunan akibat serangan tentera Monggol yang dipimpin oleh Hulago Khan. Air sungai Furat dan Dijlah yang berwarna biru telah bertukar menjadi hitam, kesan tindakan mereka menjadikan kitab-kitab Islam sebagai jambatan. Namun, al-Azhar masih tegak dan kukuh dengan keilmuannya.

Selama beberapa ratus tahun semenjak penubuhannya, penekanan terhadap pendidikan wanita lebih diutamakan pada zaman pemerintahan Ismail Basha apabila beberapa buah sekolah wanita telah didirikan.

Pada tahun 1882 M (1302 H), seorang perempuan dari muhafazah Manufiyyah, Fatimah Khalfawiyyah telah mengikuti saudara lelakinya, Syeikh Muhammad Khalfawi ke Ma’ahad Tanta tetapi telah gagal dalam peperiksaan yang akan dikendalikan oleh Syeikh Dasuki al-Arabi.

Pada tahun 1884 M (1304 H) pula terdapat beberapa orang perempuan lagi di Ma’aha tersebut, seperti Fatimah al Ghanamiyyah dari Tanta dan Fatimah ‘Audhiyyah dari Mansourah.

Al-Azhar memainkan peranan secara langsung dalam pembentukan muslimah selepas perubahan besar undang-undang al-Azhar pada tahun 1961. Pada tahun tersebut, berlaku beberapa perubahan besar dalam pentadbiran al-Azhar. Ma’ahad khas untuk perempuan telah dibina dan tenaga-tenaga pengajar dilantik daripada al-Azhar.

NAMA-NAMA AL-AZHAR

Jami’ al-Azhar pernah memperoleh beberapa nama dalam lipatan sejarah. Pada peringkat pertama, al-Azhar dikenali sebagai Jami’ Kaherah iaitu disandarkan kepada ibu kota mesir yang terletaknya masjid tersebut. Pada masa ini, ia dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai anak perempuan (puteri) ibu kota tersebut.

Menurut Ahmad Mohd ‘Auf seorang penulis al-Azhar, pada masa tersebut Jami’ ‘Amru bin al-‘As dikenali sebagai Jam’u al-Jawami’ atau Masjid al-Jami’ atau Taj al-Jawami’. Selepas itu, masjid tersebut ditukar namanya kepada Jami’ al-Azhar bersandarkan kepada nama seorang puteri Rasulullah. Kajian yang dilakukan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama yang ketiga inikerana terdapat khilaf pendapat. Pendapat pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan kepada Saidatina Fatimah binti Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai Fatimah az-Zahra’. Namun, gelaran ini pulalah yang diabadikan pada masjid az-Zahra’. Mengikut pendapat yang kedua, nama ini dikaitkan dengan istana az-Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota Kaherah. Seterusnya, yang ketiganya pula berpendapat bahawa nama ini dicadangkan bersesuaian dengan kedudukan dan martabat al-Azhar yang tinggi sebagai tempat penyebaran dan ilmu Islam.

Kini, masjid yang bersejarah yang dibina oleh Jauhar as-Saqoli tetap utuh dan kekal walaupun ia bukan lagi seratus peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti pada zaman beliau. Walaubagaimanapun, fungsinya sebagai pusat penyebaran ilmu Islam tetap gemilang sehingga sekarang.

Wallahu’alam….

Incoming search terms:
sadruddin abdul malik bin darabas adalah,golongan ahlul halbi
{ 1 comment… add one }
  • hafizah November 1, 2015, 3:16 pm

    assalamualaikum.. artikel ni sahih kan? sbb sy nk buat rjukan untk assgmnt sejarah wakaf universiti al-azhar mesir.. dan admin dapat tahu sejarah unvrsti al-azhar ni merujuk buku apa??

Leave a Comment

CommentLuv badge