≡ Menu

Panduan Ringkas Solat Qasar Dan Jamak

Gambar Orang Sujud

Panduan Solat Qasar Dan Jama’

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

Solat Qasar

1.1 – Takrifan Solat Qasar

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 – Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.  Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii.  Al-Sunnah yang bermaksud;

Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”

(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 – Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden.

Dari itu, 2 marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 – Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).

iii. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.

iv. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).

v. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala.)

Solat Jama’

2.1 – Takrifan Solat Jama’

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 – Syarat Solat Jama’

1. Solat Jama’ Taqdim

i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2. Solat Jama’ Ta’khir

i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 – Contoh Niat

1. Jama’ Taqdim

i. Niat Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala.)

2.  Jama’ Ta’khir

i. Niat Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala.)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala.)

Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com
e-solat.gov.my|Tarikh :06-12-2012

Incoming search terms:
sembahyang jamak,niat solat jamak,solat jamak,cara solat jamak,cara sembahyang jamak,panduan solat jamak,niat solat jamak dalam rumi,niat sembahyang jamak,jamak qasar,solat jamak dan qasar,niat solat jamak qasar,solat jamak dan qasar sebelum perjalanan,cara-cara solat jamak dan qasar,cara solat jamak dan qasar,solat qasar dan jamak,niat jamak qasar,solat jamak takhir,niat solat jamak rumi,cara jamak solat,niat solat jamak dan qasar rumi,panduan solat jamak dan qasar,solat qasar,niat solat jamak dan qasar dalam bahasa melayu,niat jamak,sholat jama,sholat jamak,cara solat jamak takhir,sembahyang jamak dan qasar,bacaan solat jamak dan qasar,jamak solat,solat jamak qasar,niat solat jamak takhir,jamak takhir,cara solat jamak qasar,solat jamak tamam,shalat jamak,niat solat jamak dan qasar,jamak dan qasar,niat solat qasar dan jamak dalam rumi,bacaan solat jamak,cara solat qasar,sembahyang qasar dan jamak,niat solat jamak takdim,syarat sembahyang jamak,niat sholat jamak dan qasar rumi,niat solat jamak taqdim dalam rumi,niat solat jamak dalam bahasa melayu,solat jamak dalam rumi,bacaan jamak takhir dalam bahasa rumi,solat jamak qasar melayu,niat solat jamak tadim balam bahasa rumi,cara solat jamak rumi,solat qasar dan jamak secara ringkas,niat solat jamak takhir jawi,bacaan surah dalam solat qasar,solat jamak rumi,bacaan jawi solat jamak takhir rumi,solat qasar jawi,solat jamak gasar,cara smbyang qasar,cara ringkas solat jamak,solat jamak dan qasar dalam rumi,niat solat jamak takhir dalam rumi,niat solat jamak zuhur dan asar rumi,niat sholat jamak dan qasar dalam bahasa melayu,panduan dan rukun solat jamak,niat rumi solat jamakqasar,niat ringkas solat,niat jamak dalam rumi,niat solat jamak takdim rumi,gambar salam subuh,gambar salam solat,niat solat jamak ringkas,hukum niat solat jamak dalam bahasa rumi
{ 2 comments… add one }
  • MindaKini May 20, 2013, 10:13 am

    Jamak dan qasar murupakan rukhsoh untuk meringankan hamba nya untuk beribadah
    MindaKini recently posted..Allah Maha Pengampun,Pengasih Lagi Maha PenyayangMy Profile

  • Gangster berimam September 9, 2013, 10:30 am

    1. Jama’ Taqdim
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
    2. Jama’ Ta’khir
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala.)

    Niat SAMA shj untuk kedua-jama ini?

Leave a Comment

CommentLuv badge