≡ Menu

Penemuan Manusia Raksasa Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad - 1Penemuan Manusia Raksasa Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tidak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pandangan anda? Rujukan

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad - 2

Kemurkaan Allah Terhadap Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS

Allah s.w.t. telah merakamkan dalam al-Qur’an sebuah kisah yang amat mengerikan dan dahsyat pernah berlaku di atas muka bumi ini. Kisah ini juga merupakan mesej untuk memberitahu betapa murkanya Allah s.w.t. terhadap sikap dan tindakkan manusia yang menentang kebenaran dan melampau sehingga menyebabkan kerosakan di muka bumi.

Kaum ‘Aad merupakan kaum yang mahir dalam seni bina sehingga mereka mampu mendirikan bangunan dan gedung-gedung indah di setiap tempat tinggi dengan harapan mereka dapat hidup selama-lamanya.

Allah s.w.t. mengutus kepada kaum ‘Aad seorang Nabi yang dilantik daripada kalangan mereka iaitu Nabi Hud a.s. untuk memberi peringatan. Malangnya kaum ‘Aad menolak dan mendustakan Nabi Hud a.s.

Allah s.w.t. merakamkan kisah tersebut dalam al-Qur’an :

“Dan (Hud berkata) : ‘Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.’

Kaum ‘Aad membalas : ‘Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebahagiaan sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu’.”

Allah s.w.t. menjelaskan bagaimana kaum ‘Aad dibinasakan dalam firman-Nya :

“Adapun ‘Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin rebut yang kencang , yang melampau kencangnya, yang diarahkan menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus menerus. (Kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati , seolah-olah mereka , batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. Dengan yang demikian dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?”  (Surah al-Haaqqah ayat 6-8)

Kajian geografi menunjukkan bahawa tempat tinggal kaum ‘Aad ialah di bumi Ahqaf yang terletak di sebelah utara Hadramaut. Disebelah utaranya terletak Ar Rab’ Khali, manakala timurnya ialah Oman . Mereka ialah kaum yang menyembah berhala, antaranya yang bernama Waddn, Suwa’an, Yaghus, Ya’uq dan Nasran. Kaum ‘Aad yang dibinasakan ialah kaum ‘Aad yang terdahulu (pertama). Adapun kaum ‘Aad yang terkemudian (kedua) mereka menetap di Yaman.

Menurut cerita daripada penduduk Hadramaut . Sesungguhnya Nabi Hud a.s menetap di Hadramaut selepas kaum ‘Aad di binasakan sehingga baginda wafat dan dikebumikan ditimur Hadramaut iaitu dua marhalah daripada bandar Turim berhampiran lembah (Barhut)

Allah s.w.t. telah menyebutkan kehebatan kaum ‘Aad dalam firman-Nya yang bermaksud : “Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu lakukan terhadap kaum ‘Aad (yang kufur derhaka). Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya (sesuai dengan penduduknya.)  (Surah al-Fajr ayat 6-7)

Seorang ahli arkeologi bernama Nicholas Clapp telah menemui lokasi lagenda purba itu. Daripada penemuan arkeologi tersebut didapati bahawa menara dan tiang-tiang yang disebutkan dalam al-Qur’an begitu mengagumkan dan mempunyai bentuk-bentuk khas . Catatan sejarah mendapati kaum ‘Aad adalah kaum yang terkaya di dunia. Mereka sangat maju dalam pertanian ‘frankincence’ , salah satu tanaman yang paling berharga pada waktu itu. Manakala hasil daripada penggalian , telah ditemui sisa runtuhan sebuah kota yang amat luar biasa. Kota tersebut dikelilingi dinding memiliki ukuran begitu luas dan istananya merupakan bangunan yang sangat menakjubkan. Tiang-tiangnya memiliki teknologi arkitektual yang tinggi, berbentuk bulat dan disusun dalam serambi yang melengkung, berlapis emas atau perak. Ruang-ruang di antara tiang-tiang tersebut sangat mengagumkan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Adapun kaum ‘Aad , maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar , serta berkata : “Siapakah yang lebih kuat daripada kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (daripada tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatan-Nya daripada mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahui.)  (Surah al-Fushilat ayat 15)

Begitulah sikap kaum ‘Aad sehingga mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t . Akibatnya mereka dibinasakan dengan taufan.  – (Dipetik dari tulisan Ustaz Mohd Wahid Abd. Hanif dari Majalah Solusi 05/2009)

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad - 4Penemuan Arkeologi di Kota Iram

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.

Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?

Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.

Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Pertama, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.

Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.

Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”.

Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran?

Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran .

Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar ‘Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:

“Apakah kamu tidak memperhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka). Iaitu penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya). Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?.” (Surah Al-Fajr 89: 6-8)

Hanya Allah s.w.t. yang mengetahuinya dengan tepat Rujukan

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad - 6

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad - 7

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad - 8

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad - 9

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad - 10Sejauh mana kebenaran gambar-gambar ini hanya Allah Ta’ala yang mengetahuinya. Wallahu’alam….

hasnulhadiahmad.com

Incoming search terms:
penemuan kaum nabi luth,kaum aad,peninggalan kaum ad,peninggalan nabi hud,kaum ad,kota iram,kaum add,kaum ad adalah kaum yang durhaka terhadap nabi,Imej negeri yg dibinasakan Allah,kisah kaum tsamud,penduduk iram,daerah kaum ad,foto kerangka kaum luth,gambar kaum aad,kaum aad nabi hud,kaum ad dan thamud,penemuan kaum yang ditimbus,penemuan kerangka manusia raksasa kaum ad,peninggalan kaum aad,peninggalan kaum ad dan tsamud,peninggalan zaman nabi hud,jejak kaum tsamud,kaum aad dan tsamud,kaum nabi hud ahli membuat bangunan yang,penemuan peninggalan para nabi,peninggalan kaum tsamud,Bangunan kaum tsamud,Cerita asalusul ada nya kota irom,gambar petempatan kaum nabi terdahulu,gedung pada zaman nabi hud,jasad kaum Ad,jejak kaum samud,kaum hud,kaum nabi hud,penemuan jasad kaum ad,peninggalan para nabi yang ditemukan,posil kaum aad,poto gergasi,sejarah kaum aad,sisa peninggalan kaum ad,tengkorak kaum ad,aad samud kaum,ad umat nabi nuh,ad ummat nabi,alasan di ciptakan nya kaum aad oleh Allah swt,apakah bangsa aad masih ada sampai sekarang,arkeolog sebuah kota irom yang di temukan,arkeologi di kota tinggi,asal usul kaum nuh,ayat yang berhubungan dengan kaum Add,Bandar terkosong di dunia peningalan manusia,bangsa Aad,bangsa ad menurut catatan sejarah dunia,bangsa yang dimusnahkan allah swt,bangunan zaman nabi hud,berapa tinggi bangunan kota kaum ad,bukti ilmiah kaum yang dimusnahkan allah,bukti kaum aad,bukti kesan peningalan nabi,bukti kewujutan nabi hud a s dari segi oenemuan sejarah,bukti nyata bangsa aad,bukti nyata kaum aad,bukti peningalan kaum iram,bukti peninggalan kaum ad,di temukan nya fosil kaum yang musnah di dataran arab,fosil kaum aad yang ditemukan,foto foto peninggalan kaum tsamud,foto kaum aad,foto kaum nabi hud,Foto penemuan kaum nabi hidup,foto2 peninggalan kaum saba,gamabar kaum ad,gambar AAD,gambar fosil kaum ad kaum nabi hud,gambar gambar peninggalan nabi hud,gambar kaum ad dan tsamud,gambar keruntuhan bandar kaum ad,gambar peninggalan kaum tsamud,gambar photo kerangka manusia zaman nabi yg ditemukan di padang pasir arab,gambar photo terbaru kaum aad,gambar suku aad,gambar umatya nabi nuh,jasad nabi raksasa,jejak kaum a,jejak kaum aad,jenajah kaum samud,kaum aad com,Kaum aad ummat nabi hud,kaum ad sejarah,kaum gergasi,kaum iram,kaum nabi hud ahki membuat bangunan yang,kaum nabi hud ahli membuat bangunan,kaum peninggalan para nabi yang musnah,kebenaran:penemuan tengkorak kaum aad,kehebatan kaum add,kehebatan kaum irom,kerangka dari jaman kaum luht,kerangka kaum ad,kerangka kaum nabi hud,kerangka kaym add,Kerangka tubuh kaum nabi luth,Kerangka umat nabi Hud as,kerangka umat nabi lud,kesan kaum lut,kesan peninggalan kerajaan kota atlantis,kesan peninggalan nabi,Kesan Sejarah Kaum Ad,Kewujudan MANUSIA RAKSASA,kisah negeri iram,kisah penduduk iram,kota Iraam,kota kaum ad,kota lama kaum ad,kota thmud,kota yang penduduk nya raksasa,lembah barahut,lokai kaum nabi hud,lokasi tinggalan para nabi yang masih ada,makhluk bamgsa hud,manusia jaman nabi hud,manusia raksasa zaman nabi hud,nabi pembuat bangunan raksasa,penampilan kaum tsamud,penduduk iram dalam al quran,penemuan aramco exploration,penemuan arkeolog didaratan arab,penemuan fosil kaum at aramco,penemuan jasat kau,penemuan kaum aahad di arab,penemuan kota di zaman nabi hud,penemuan mayat kaum ad,penemuan rangka kaum ad,penemuan rangka kaum ad di utara arab,penemuan tulang kaum ad di arab,peningalan kaum add,peninggalan bangsa hud hud,Peninggalan Bangsa Tsamud,peninggalan bangunan nabi hud,peninggalan kau ad,peninggalan kaum aad dan tsamud,peninggalan kaum ad nabi hud,peninggalan kaum iram,peninggalan kaum nabi Hud dan kisahnya,peninggalan kaum nabi terdahulu,peninggalan kaum nuh,peninggalan kaum saba\,peninggalan kaum samud,peninggalan nabi,peninggalan nabi aad,peninggalan rasul yang dimusnahkan,peninggalan suku bangsa Ad,peninggalan zaman nabi luth,penunggalan bangunan nabi hud,poto peninggalan nabi poto peninggalan nabi,sejarah kota irom,sejarah peninggalan nabi hud,seni tulisan hud,sisa kaum ad,sisa sejarah kaum yang hilang,sisa sisa kaum samud,siss ksum samud,suku bangsa iraam,Suku tsamud,tempat peninggalan kaum saba,tinggi suku tsamud,tulang kaum aad,ukuran tubuh kaum nuh,umat nabi hud,www kaum aad,zaman nabi siapa kah umatnya besar dan tinggi tinggi?
{ 5 comments… add one }
  • Reza Chandra April 19, 2014, 10:14 am

    maasyaAllah

  • mustafa kamal abd aziz February 21, 2015, 6:56 pm

    Allah Hu Akhbar!

  • ikhwan June 10, 2015, 7:16 am

    Janganlah menyebarkan cerita bohong, dan jangan pula mempecayainya.
    Poto poto itu hanyalah rekayasa komputer saja

Leave a Comment

CommentLuv badge