≡ Menu

Perang Bani Quraizoh

Ghazwah Bani Quraizoh. berlaku pada tahun ke-5 hijrah sebaik sahaja selepas Ghazwah Ahzab. Ini kerana beberapa sebab. Antaranya, Rasulullah telah menyaksikan bagaimana isi hati Yahudi Bani Quraizoh yang keji, belot serta berpihak kepada Quraisy dan sekutu-sekutunya. Pada saat-saat genting pertempuran Ahzab, mereka mengisytiharkan pembatalan perjanjian dengan Baginda s.a.w.. Mereka juga berniat melakukan jenayah berat yang boleh melenyapkan semua orang Islam. Padahal mereka tinggal bersama Rasul s.a.w. di Madinah. Niat dan rancangan jahat mereka gagal apabila Ghazwah Ahzab telah tamat sebagaimana yang berlaku (tentera bersekutu Qurasiy meninggalkan Madinah tanpa dapat mengalahkan orang Islam). Oleh ini, Rasulullah s.a.w. berpandangan untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas pengkhianat dan pembelot ini. Baginda juga memutuskan untuk membersihkan Madinah selaku pusat jihad dan dakwah daripada mereka.Tujuannya agar tidak berlaku lagi situasi-situasi yang membuka ruang kepada mereka untuk sekali lagi membantai dan membinasakan orang Islam.Jelas sikap mereka sebagaimana kebiasaan sikap belot Yahudi yang keji.

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Aishah r.ha., bahawa apabila Rasulullah s.a.w. pulang pada hari Ghazwah Khandaq, Baginda telah meletakkan senjata dan mandi. Tatkala itu, Jibril datang menemui Baginda dalam keadaan kepalanya dilitupi debu-debu, seraya berkata: “Kamu telah meletakkan senjata? Demi Allah, aku belum meletakkannya.” Baginda bertanya: “Di mana?” Jibril berkata: “Di sana.” Seraya menunjuk ke arah Bani Quraizoh.Aishah berkata: “Maka Rasulullah s.a.w. keluar memerangi mereka.”

Rasul s.a.w. mengarahkan seorang sahabat menyeru orang ramai supaya tiada seorang pun daripadamereka bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizoh.Kemudian Baginda keluar bersama mereka. Panji-panji Baginda telah dibawa oleh Ali r.a.Orang Islam yang terkumpul seramai 3,000 orang, sementara kuda pula sebanyak 36 ekor.Apabila Ali menghampiri kubu Bani Quraizoh, dia telah mendengar ucapan yang buruk tentang Rasulullah s.a.w. dan isteri-isteri Baginda. Beliau telah memberitahu perkara tersebut kepada Nabi s.a.w. dan meminta Baginda agar tidak menghampiri Bani Quraizoh yang keji itu. Baginda s.a.w. menjawab, apabila mereka melihat Baginda, mereka tidak akan memperkata sesuatu yang buruk. Ini kerana Baginda tahu sikap berpura-pura dan mengampu mereka. Jika mereka melihat Baginda, mereka bersikap lembut dengannya sebagaimana yang dijangka oleh Baginda s.a.w..Orang Islam telah mengepung mereka selama 25 malam.Setelah mereka tersepit dengan keadaan itu, mereka tunduk kepada hukuman Rasul s.a.w.Mereka telah dihakimi oleh Saad bin Muaz, penghulu kaum Aus.Bani Quraizoh merupakan sekutu kepada kaum Aus. Saad telah menghukum pejuang-pejuang mereka dibunuh, zuriat mereka dijadikan tawanan dan harta-harta mereka dibahagi-bahagikan. Rasul s.a.w.melaksanakan hukuman beliau itu. Dengan itu, konspirasi, adu domba dan komplot Yahudi di Madinah dan sekitarnya ke atas Rasulullah s.a.w. dan dakwahnya telah habis dihapuskan.

Dalam peperangan ini, turun ayat-ayat al-Quran al-Karim yang menjelaskan pembelotan Yahudi, pelanggaran mereka terhadap perjanjian dan sikap mereka yang tidak menolong orang Islam dalam Ghazwah Ahzab,

firman Allah yang bermaksud:

“Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini),oleh itu baliklah”. Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlu-kan perlindungan”, pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).

Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya,dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.

Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah)janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).

Katakanlah (wahai Muhammad):”Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja”.

(Maksud Al-Ahzab: 13-16)

Firman Allah Lagi yang bermaksud:

Dan Dia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi)yang membantu tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikan-Nya hati mereka dengan perasaan gerun.(Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (fiukuman); sebahagian di antara-nya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan.

Dan Dia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumahrumah serta harta benda mereka, danjuga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu men-jejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Maksud Al-Ahzab: 26-27)

Sekian Wallahu’alam….

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: