*

PERANG SINAI 1973 “Mesir vs Israel” (Yom Kippur War 1973)

by Hasnul Hadi Ahmad on July 18, 2010

in Galeri Video, Sejarah

Perang Sinai (Yom Kippur) Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan

Perang Yom Kippur merupakan sebahagian pertikaian Arab-Israel yang merangkumi banyak pertempuran dan peperangan sejak dari tahun 1948. Dalam Perang Enam Hari pada bulan Jun 1967, Israel telah menduduki Dataran Tinggi Golan di utara serta Semenanjung Sinai di selatan sehingga ke Terusan Suez.

Pada tahun-tahun yang menyusul Perang Enam Hari, Israel mendirikan barisan pertahanan di kedua-dua Sinai (Mesir) dan Dataran Tinggi Golan (Syria). Kemudian pada tahun 1971, ia membelanjakan AS$500 juta untuk mengukuhkan kedudukannya di Terusan Suez dengan serangkaian kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamainya Garis Bar Lev sempena nama jeneral Israel, Haim Bar Lev.

Selepas serangan mengejut yang mengalahkan tentera-tentera Mesir dan Syria pada tahun 1967 dan kemenangannya dalam Perang Pelumpuhan dengan Mesir di selatan yang berlangsung selama tiga tahun bersama-sama beberapa kejadian perbatasan di utara dengan Syria, pimpinan Israel menjadi agak lalai. Bangga dengan rasa keunggulan tentera sendiri, Israel gagal menyedari usaha agresif yang dilakukan oleh musuh-musuhnya, terutamanya Mesir, dalam mempersenjatai dan menyusun semula tentera masing-masing menjadi angkatan-angkatan tentera yang jauh lebih berdisplin yang dapat mencabar angkatan tenteranya IDF (Israel Defense Forces).

Presiden Gamal Abdel Nasser dari Mesir meninggal dunia pada bulan September 1970 dan digantikan oleh Anwar Sadat yang dianggap lebih sederhana dan pragmatik berbanding Nasser. Bagaimanapun, bagi mengimbangi ancaman dalaman kepada kuasanya dan memperkukuh imejnya di kalangan dunia Arab, Sadat bertekad untuk melawan Israel dan memenangi kembali kawasan yang hilang pada tahun 1967. Rancangan menyerang Israel bersama dengan Syria dirujuk sebagai Operasi Badr (bahasa Arab: operasi “bulan penuh”).

Pada tahun 1971, Anwar Sadat mengumumkan bahawa sekiranya Israel melakukan pengunduran satu pihak dari semua kawasan yang ditawannya semasa perang tahun 1967, Mesir akan menimbangkan gencatan senjata atau kedamaian sementara yang menyeluruh. Israel keberatan berundur dari sedemikian banyak jajahannya tanpa sebarang jaminan perjanjian damai daripada Mesir dan tanpa peluang untuk mencapai sebarang perjanjian damai dengan jiran-jiran Arabnya ketika itu.

Sebagai balasan pada tahun 1972, Anwar Sadat dengan lantang menyatakan bahawa Mesir akan berperang dengan Israel, malahan mereka bersedia untuk mengorbankan sejuta orang askarnya. Sejak dari akhir tahun 1972, Mesir memulakan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan angkatan tenteranya dan menerima MiG-23, SAM6, RPG-7, khususnya peluru berpandu anti-kereta kebal ‘Sagger’, daripada Kesatuan Soviet serta memperbaiki taktik-taktik tenteranya.justeru itu pelbagai inisiatif dijalankan,termasuk meninjau kedudukan musuh terlebih dahulu sebelum melakukan serangan.

Oleh itu,tentera mereka bersama-sama melancarkan serangan mengejut pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur — tentera Syria menyerang kubu di Dataran Tinggi Golan, manakala tentera Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Semenanjung Sinai — dan menyebabkan kemusnahan teruk pada tentera Israel.

Semasa peperangan, Briged Berperisai Barak memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan sempadan Israel daripada serangan Syria di selatan Dataran Tinggi Golan. 112 orang askar terbunuh ketika bertempur di situ. Tentera udara Mesir dan Syria bersama dengan sistem pertahanan udara(anti pesawat) mereka menembak jatuh 114 buah kapal terbang Israel semasa pertempuran.

Di Mesir dan Syria, Perang Yom Kippur dilihatkan sebagai separuh menang. Garis Bar Lev yang “tidak dapat ditawan” telah ditempuh, pasukan tentera udara Israel mengalami kerugian teruk, dan mitos keunggulan tentera Israel telah dihancurkan di Sinai dan Dataran Tinggi Golan. Akibat campur tangan Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Israel terpaksa melepaskan sebahagian takluknya kepada Syria dan Mesir melalui beberapa perjanjian “pengunduran”, walaupun keamanan menyeluruh yang dibayangkan oleh gabungan Soviet-Amerika yang menganjurkan Persidangan Keamanan Timur Tengah tidak berlaku.

Pada mulanya sukar, bagi tentera mesir untuk menawan kubu Israel kerana kubunya diselubungi oleh timbunan pasir.Saya mengambil satu contoh mimpi yang benar iaitu mimpi mantan Syeikh al-Azhar sebelum ini,iaitu Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud. Mimpi beliau mengenai bagaimana strategi melawan tentera Israel. Mimpi ini meminta supaya tentera Mesir menyimbah air ke pasir di tempat peperangan. Setelah menyimbah air di atas pasir maka mendaplah pasir dan nampaklah kubu-kubu tentera Israel di bawah padang pasir. Jadi mudahlah tentera Mesir mengalahkan tentera Israel walaupun tentera Israel mempunyai senjata yang canggih.

Menurut anggaran kajian perangkaan Israel, 2,688 orang petugas Israel terbunuh dalam pertempuran tersebut dan ribuan lagi (dianggarkan antara 5,000 – 10,000) tercedera. 295 orang askar Israel menyerah atau ditawan oleh tentera Arab (231 oleh Mesir, 62 oleh Syria, dan 2 di Lebanon) manakala 8,783 orang askar Arab ditawan oleh tentera Israel (8,372 oleh Mesir, 392 oleh Syria, 13 di Iraq, dan 6 di Maghribi). Kedua-dua pihak itu bertukar-tukar orang tawanan pada pertengahan tahun 1974.

Pada 22 Oktober 1974, perjanjian damai diisytiharkan,akan tetapi tentera Israel mencabuli gencatan senjata pada 24 oktober 1974 dan berlaku beberapa peperangan kecil dalam kawasan Bandar Suez. Akibat dari serangan tentera mesir dan syria menyebabkan kepercayaan orang awam Israel telah tergugat kerana Israel jelas tidak tersedia untuk serangan mengejut dan gagal mematahkannya dengan pantas. Ketidaksediaan negara disalahkan pada Menteri Pertahanan Moshe Dayan, dengan orang awam yang marah menuntut beliau meletakkan jawatan.

Presiden Mahkamah Agung menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat prestasi jeneralnya semasa berperang, dengan suruhanjaya tersebut kemudian mencadangkan peletakan jawatan Ketua Turus, tetapi tidak membuat sebarang ulasan tentang Moshe Dayan. Walaupun demikian, akhbar dan orang awam masih menyalahkannya. Setelah menghadiri upacara pengebumian askar-askar yang terkorban dan menghadapi keluarga-keluarga yang berkabung yang menggelarnya pembunuh anak mereka, Moshe Dayan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Golda Meir pada tahun yang akhir tahun 1974.

Akibat daripada serangan Israel secara mengejut di Bandar suez, sepertimana yang dinyatakan sebelum ini,mereka menemui kegagalan yang menyebabkan pihak tentera Israel mengambil jalan dengan cara penyelesaian dimana mereka mengadakan ‘pertemuan damai’.

Selepas itu,kedua-dua pihak menjalankan urusan pengebumian tentera masing-masing yang terkorban.

Tentera mesir dan rakyatnya meraikan kemenangan dengan kejayaan mereka merampas kembali tanah semananjung Sinai yang di tawan Israel pada tahun 1967.

Maka berlakulah beberapa rentetan peristiwa selepas itu…wallahu’alam….

Sekian Wassalam…..

Catatan Berkaitan: KENALI SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD

Artikel “PERANG SINAI 1973 “Mesir vs Israel” (Yom Kippur War 1973) ” yang tersiar di halaman HasnulHadiAhmad.Com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat HasnulHadiAhmad.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan,hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.

Advertise Here

Incoming search terms:
perang arab israel 1973,perang mesir-israel 1973

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

Page Rank
.