*

Ruqyah Penawar Histeria Dan Gangguan Alam Ghaib

by Hasnul Hadi Ahmad on December 2, 2011

in Doa' & Amalan, Fadhilat & Kelebihan, Kesihatan

Ayat Ruqyah Penawar Histeria Dan Gangguan Alam Ghaib

Maksud ruqyah ialah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas kerana disengat binatang, kerasukan atau gangguan makhluk halus (Jin dan Syaitan), dan yang lainnya. (Rujuk An-Nihayah fi Gharibil Hadits karya Ibnul Atsir rahimahullahu).

Ruqyah terkadang disebut pula dengan ‘azimah. Al-Fairuz Abadi berkata: “Yang dimaksud ‘azimah-‘azimah adalah ruqyah-ruqyah. Sedangkan ruqyah yaitu ayat-ayat Al-Qur`an yang dibacakan terhadap orang-orang yang terkena berbagai penyakit dengan mengharap kesembuhan.” (Lihat Al-Qamus Al-Muhith).

Adapun makna ruqyah secara syariat adalah doa dan bacaan-bacaan yang mengandung permintaan tolong dan perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mencegah atau mengangkat bala/penyakit. Terkadang doa atau bacaan itu disertai dengan sebuah tiupan dari mulut ke kedua telapak tangan atau anggota tubuh orang yang meruqyah atau yang diruqyah. (Lihat transkrip ceramah Asy-Syaikh Shalih bin ‘Abdul ‘Aziz Alus-Syaikh yang berjudul Ar-Ruqa wa Ahkamuha oleh Salim Al-Jaza`iri).

Tentunya ruqyah yang paling utama adalah doa dan bacaan yang bersumber dari Al-Qur`an dan As-Sunnah.

(Sumber: asysyariah)

Caranya:

Dengarkan MP3 RUQYAH SYARIAH hingga tamat menggunakan HEADPHONE / SPEAKER dengan volume yang kuat.

Pejamkan mata dan jangan ikuti bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Perhatikan setelah selesai :

- Denyutan jantung makin kencang,
– Badan menggeletar kencang,
– Ada benda bergerak-gerak bawah kulit,
– Mengantuk/menguap,
– Batuk,
– Gelisah,
– Panas di tengkuk,
– Pening-pening kepala,
– Mabuk,
– Pengsan,
– Seram sejuk, dan seumpamanya.

Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.

Jika anda mengalami kejadian di atas, kemungkinan besar ada jin yg menghuni tubuh anda. RUQYAH MP3 amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yg mengalami gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat /sihir serta memagari diri kita.

Dengan mendengar MP3 ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembuhkan penyakit, diantaranya:

- Jiwa gelisah/khayalan,
– Pembatal Sihir,
– Pagar Rumah (Pengusir Jin & Syaitan),
– Ketenangan Rumah tangga,
– Anak-anak menagis tengah malam,
– Pendarahan berpanjangan bagi wanita (istihadah),
– Penambat kasih sayang antara anak/ibubapa,
– Menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran, dan seumpamanya.

CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH:

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, putar mp3 ini didalam rumah atau tempat usaha 3 kali sehari atau putar dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi penderita sakit gangguan jin, dilarang memutarnya di dalam kereta.

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu memutarnya dengan keras, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk histeria, sihir, dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral,buka penutupnya dan putar mp3 ruqyah ini 3 round sebelah air tadi (kira-kira 1 jam 20 minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca Ayat Kursi 3 kali dan surah al-insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian malam besuknya, mp3 ruqyah ini hendaklah diputar dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/tempat usaha yang bermasalah,cuma putar 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan mp3 ruqyah ini 3 kali sehari, insyaAllah kita akan rajin dan kembali bersemangat.

Bagi untuk mendapatkan kesembuhan yang maksimum bila mendengarkan MP3 RUQYAH ini, sila pejamkan mata dan dengarkan hingga tamat tanpa mengikuti bacaannya di mulut ataupun di hati.

Surah-Surah Berikut:

1- Al-Fatihah (Juz.1 Ayat: Seluruhnya)

2- Al-Baqarah (Juz.1 Ayat: 1-5)

3- Al-Baqarah (Juz.1 Ayat: 102)

4-Al-Baqarah (Juz.2 Ayat: 163-164)

5- Al-Baqarah (Ayatul Kursi) (Juz.3 Ayat: 255)

6-Al-Baqarah (Juz.3 Ayat: 285-286)

7- Ali-Imran (Juz.3 Ayat: 18-19)

8- Al-’Araf (Juz.8 Ayat: 54-56)

9- Al-’Araf (Juz.9 Ayat: 117-122)

10- Yunus (Juz.11 Ayat: 81-82)

11- Toha (Juz.16 Ayat: 69)

12- Al-Mukminun (Juz.18 Ayat: 115-118)

13- As-Soffaat (Juz.23 Ayat: 1-10)

14- Al-Ahqaaf (Juz.26 Ayat: 29-32)

15- Ar-Rahman (Juz.27 Ayat: 33-36)

16- Al-Hasyr (Juz.28 Ayat: 21-24)

17- Al-Jin (Juz.29 Ayat: 1-9)

18- Al-Ikhlas (Juz.30 Ayat: Seluruhnya)

19- Al-Falaq (Juz.30 Ayat: Seluruhnya)

20- An-Naas (Juz.30 Ayat: Seluruhnya)

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah….

Download MP3 Ruqyah (Full Version – 3 versi bacaan & bonus doa)

Jika Anda Mengalami Masaalah Yang Lebih Serius Sila Berjumpa Dengan Pakar Perubatan Islam Untuk Menjalani Rawatan Yang Sempurna

Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com

Advertise Here
Incoming search terms:
maksud ayat ruqyah,doa ruqyah mp3,maksud ruqyah,maksud surah al ruqyah,ruqyah mp3,ayat ruqyah ayat berapa,meruqyah bayi menangis,surah ruqyah juz berapa

{ 2 comments… read them below or add one }

Shekhah November 23, 2012 at 4:26 am

Sy nak bertanya..Sahabat sy terkena histeria tetapi boleh sedar dengan segala yang berlaku di sekeliling dan boleh bercerita dengan baik semua yang berlaku.Dia ada menyatakan bahawa dia tidak tahu ‘benda’ yang masuk dalam badannya itu apa tetapi sebelum ‘benda’ itu masuk,dia boleh rasakan tetapi tak boleh nampak.Dia juga selalu menceritakan bahawa dia sering pengsan dan terkena histeria apabila dia stess atau tekanan.Baru-baru ini dia terkena histeria lagi tetapi dia hanya ketawa tetapi boleh berinteraksi dengan baik cuma tidak mahu diganggu.Dia juga sedar bahawa sy kawan rapatnya dan sy boleh memegangnya tetapi dia bertindak agresif dengan orang lain.Tetapi dia hanya akan bercakap dengan baik sekiranya berhadapan dengan lelaki.Dia juga suka berada dalam kelompok lelaki.Yang lebih memelikkan sy,dia memberitahu sy dia sendiri tidak tahu kenapa dia sukakan lelaki dan dengan rasa tidak bersalah dia duduk dengan kelompok mereka sedangkan dia seorang sahaja perempuan.Dia berkata mungkin ‘benda’ tersebut gatal dan sukakan perhatian.Kadangkala sy merasakan dia mempunyai gangguan perasaan dan gangguan jiwa.Dia kadangkala gelak dengan tiba-tiba dan sering murung.Dia memang mempunyai masalah tidak percayakan lelaki kerana lelaki yang dia suka sudah berpunya.
Sy inginkan penjelasan tentang gangguan histeria yang dialami olehnya.

Reply

Hasnul Hadi Ahmad November 25, 2012 at 12:31 am

Shekhah boleh mendapat maklumat lebih detail di – Perubatan Islam Darussalam Malaysia (Klik Disini)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

Page Rank
.