≡ Menu

Senarai Pusat Rawatan Islam Di Malaysia

Ayat Ruqyah

Kaedah Pengubatan Islam

Kaedah Pengubatan Islam merupakan satu cabang usaha pesakit dalam mencari kesembuhan penyakit yang sedang dialami. Walaubagaimanapun, ia bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan rawatan moden. Malah ia juga bukanlah untuk rawatan penyakit yang berpunca dari Makhluk Halus semata– semata.

Pengubatan Islam adalah suatu kaedah yang berasaskan wahyu Ilahi yang diturunkan melalui al-Quran dan as- Sunnah. Ia juga bertemakan amalan as- Salafussoleh, Ahluz- Zikr dan pengalaman ahli pengubatan Islam yang muktabar.

Pengubatan Islam sekali-sekali tidak boleh dicampur-adukkan diantara yang halal dan haram. Ia juga menolak secara keseluruhan kaedah yang berunsur syirik. Tambahan pula ianya merupakan satu ibadah bagi setiap Mu’min yang mencari keredhaan Allah s.w.t.

Setiap Mu’min disuruh untuk berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihidapi. Penyakit juga suatu penghapus dosa dan mati di dalamnya membawa hati yang sejahtera di sisi Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Al-Israa’ 17:82)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya; “ Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

Antara Senarai Pusat Rawatan Islam Di Malaysia

– Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Facebook)
Darussyifa

– Tuan Guru Dr. Hj. Jahid Bin Hj. Sidek Al-Khalidi (Facebook)
Pusat Rawatan Islam MANARAH

Ustaz Ismail Kamus (Facebook)
Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia

Ustaz Sharhan Shafie (Facebook)
Sinar Zamdurrani

– Dato’ Hj. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) (Facebook)
Pusat Rawatan Yashfienherbs

– Ustaz Mohamad Suhaimi bin Rozali (Facebook)
Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah

– Ustaz Hayat anNaqsyabandi (Facebook)
Pusat Rawatan Islam Kiswah

– Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid
Rawatan Tradisonal Secara Islam

– Ustaz Mohd Syakir Mohd Ezmi
Pusat Perubatan As Syakirin

– Ustaz Alfian Al – Azhari
Pusat Rawatan Islam Syifa’ Ulhadi

Semoga dapat membantu, Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

Incoming search terms:
senarai pusat rawatan islam di malaysia,ustaz suhaimi rozali,senarai pusat perubatan islam,pusat rawatan islam malaysia,pusat rawatan islam dimalaysia,imej perawat asyakirin ustaz syakir ezami,ust mohd suhaimi,ustad suhaimi,ustaz mohd su,ustaz rozali darul ruqyah,senarai pusat perawat islam,rawatan islam malaysia,rawatan islam di malaysia,pusat2 rukhyah malaysia,pusat rawatan ruqyah kuala lumpur,pusat perubatan islam darussalam,perubatan islam ustaz bukhari,perubatan islam malaysia,perawat islam di malaysia,nama contoh pusat perubatan,ustaz suhaimirozali com
{ 4 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge