≡ Menu

Talqin Banduan Terakhir (Siri 2)

“Kamil, kamu pergi pejabat, ambil fail dari Aza, bawak balik rumah ye,” ujar Datuk Sudin sambil menyerahkan kunci keretanya kepada Kamil.

“Fail apa Datuk?” soal Kamil. Tangannya menyambut kunci kereta dari datuk Sudin.

“Fail construction warna merah, kamu cuba tanya Aza, fail tu ada kat office ke tidak,” arah Datuk Sudin. Kamil mengangguk lalu beredar. Datuk Sudin menghirup tehnya.

“Kenapa abang tak telefon sahaja?”tanya Datin Suria.

“Handphone habis bateri, lagipun rumah kita kan tak pasang telefon rumah sebab masing-masingkan ada handphone sendiri,” jawab Datuk Sudin.

“Oh,” balas Datin Suria sambil menggigit roti bakarnya.

“Suria, rumah ni abang dah letakkan Suria penama kedua, termasuk semua duit, ladang, harta abang semua penama kedua adalah Suria,” ujar Datuk Sudin.

“Ohh, bila abang letak?”

“Tengahari semalam abang jumpa peguam Omar, jadi abang letakkan nama Suria sebagai pewaris semua harta abang dan penama kedua,”

“Ohh, tapi kenapa abang sebut soal ni?”

“Tak adalah,saja nak beritahu Suria, abang tak nak nanti kalau abang tak ada, Suria dan anak-anak tak ada tempat berteduh apa semua, lagipun kita tak tahu masa depan macam mana, abang tak naklah nanti Suria jadi macam isteri Tan Sri Zulfadli tu, tetiba je suaminya meninggal, habis semua harta dan syer syarikat terlepas ke tangan orang lain,” terang Datuk Sudin panjang lebar. Datin Suria mengangguk. Datuk Sudin menghirup tehnya sehingga habis.

“Oklah, abang nak ke bank ni,nak bank in duit mak ayah kat kampung,” ujar Datuk Sudin sambil berdiri. Datin Suria mengangguk lalu menghantar pemergian suaminya dengan anak mata. Datuk Sudin membuka pintu kereta Honda CRV kelabunya. Setelah menghidupkan enjin, dia memandu keluar.

 

“Aza, Datuk ada tanya tentang fail construction yang warna merah tu, ada kat office ke?” soal Kamil kepada Aza.

“Kejap ye Mil,” balas Aza lalu memeriksa rak fail. Kamil menunggu sambil memanikan anak kunci kereta.

“Tak adalah Mil, rasanya akak dah bagi pada Tayab untuk hantar ke rumah Datuk,” ujar Aza.

“Oh,ye ke? Kalau macam tu tak apalah,” ujar Kamil lalu beredar. Hock Beng membuka pintu pejabatnya.

“Kamil, mari sini sekejap,” panggilnya. Kamil melangkah ke bilik Hock Beng. Hock beng menutup pintu biliknya.

“Duduklah,” arahnya sambil tersenyum. Kamil duduk di kerusi.

“You sudah berapa lama kerja sama Datuk?” soalnya memulakan perbualan.

“Ermmmm, dalam lebih kurang tiga tahun,” jawabnya.

“Ohh, lama juga ya? Berapa gaji Datuk bagi pada you?”

“Dalam RM1700 sebulan,”

“Ohh, banyak juga ya?”

“Bolehlah sekadar untuk belanja rumah dan hantar sedikit kat family kat kampung,”

“Ohh,”

“Kenapa?”

“Tak ada apa-apa, saja tanya,” balas Hock Beng. Kamil mengangguk.

“Ini, Datuk pergi mana?”

“Rasanya Datuk ke bank kat Kelana Jaya,”

“Ohh, tak apalah, you boleh pergi,” ujarnya mematikan perbualan. Kamil bangun dari kerusinya. Hock Beng memerhati Kamil keluar dari biliknya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail.

“Dia keluar pergi bank di Kelana Jaya, dia pergi itu bank HSBC,” ujarnya.

“Settle, dah selesai gua call you,” ujar satu suara di sana. Hock Beng mematikan talian.

“Siap lu Datuk,ini hari lu mampus,” ujarnya. Bibirnya mengukir senyuman.

 

Datuk Sudin melangkah keluar dari bank. Dia berkira-kira samada hendak pulang ke rumah atau ke sekolah menjemput anaknya. Pergi sekolah budak-budak nilah, lagipun Kamil belum tentu dah sempat ambil budak-budak ni,gumamnya sambil melangkah ke keretanya. Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, dia memandu keluar dari kawasan letak kereta.ikut jalan kampunglah ke sekolah budak-budak ni, kalau ikut jalan biasa, confirm sangkut jammed nanti, putusnya. Datuk Sudin memandu keretanya. Telinganya mendengar lagu yang disiarkan di radio IKIM.fm. Sesekali dia mengetuk jarinya di stereng kereta. Tanpa disedarinya, sebuah motosikal berwarna hitam mengekorinya. Motosikal itu melintasinya di sebelah kanan. Datuk Sudin memberhentikan keretanya di sebuah simpang tiga yang sunyi. Kepalanya menoleh ke kiri untuk memastikan tiada kereta dating dari arah kiri. Penunggang motosikal tersebut mengeluarkan sepucuk pistol yang dipasang dengan selaras silencer. Datuk Sudin menoleh ke kanan.

“Allahu Akbar,” serunya terperanjat. Penunggang motosikal itu melepaskan tembakan. Beberapa butir peluru menembusi kepala dan dada Datuk Sudin. Darah menyembur keluar. Kepala Datuk Sudin terlentok di stereng kereta. Hon kereta berbunyi panjang.

“Settle,” ujar penunggang motosikal itu lalu menunggang pergi meninggalkan kawasan tersebut. Hon kereta berbunyi bingit ke udara.

Kamil memandu kereta menuju ke sekolah. Dia bercadang untuk mengambil anak majikannya. Akan tetapi, perjalanannya terbantut tatkala pihak polis mengadakan sekatan. Kamil memandu melalui sekatan tersebut.

“Encik, kami pihak polis,sekarang ni sedang buat sekatan banteras kegiatan gangster dan pengedaran dadah, boleh encik parkir kereta ke tepi? Kami perlu periksa bonet kereta encik,” ujar seorang pegawai. Kamil mengangguk kepalanya lalu memandu kereta ke tepi. Dua orang pegawai polis mengekorinya.

“Encik, tolong buka bonet kereta,” arah seorang pegawai. Kamil mengangguk lalu keluar dari kereta. Dia melangkah ke bonet kereta lalu membuka bonet. Seorang pegawai polis memeriksa. Kamil menyandar di pintu kereta. Pegawai polis membukan penutup tayar ganti. Dia mengangkat tayar ganti. Matanya terpandang pada sebuah kotak yang terletak dibawah tayar ganti. Lantas dia membuka kotak tersebut.kelihatan beberapa paket serbuk putih tersusun di dalam kotak menimbulkan rasa curiganya.

“Tuan,” panggilnya. Seorang inspektor melangkah.

“Ada apa?” soalnya. Pegawai polis mengangkat sebungkus serbuk berwarna putih. Inspektor tersebut menekan bungkusan tersebut. Matanya merenung tajam.

“Mana kamu jumpa?” soalnya serius. Pegawai polis tersebut mengangkat kotak.

“Bawah tayar spare,” ujarnya. Kamil melangkah ke arah pegawai tersebut.

“Ada apa encik?” soalnya. Inspektor tersebut memandangnya. Raut wajahnya serius.

“Mana kamu dapat dadah ni?”

“Dadah? Mana saya tahu encik, ni bukan kereta saya, kereta majikan saya,” jawabnya. Hatinya terperanjat. Ya Allah, dadah, bila masa ada dalam kereta ni? Baru semalam aku kemas, tak jumpa pun, gumamnya. Hatinya mula berdebar.

“Kereta majikan kamu? Kamu jangan nak bohong,” tengking inspektor tersebut. Kamil pucat ketakutan. Lidah membisu, gagal mengukir kata-kata.

“Konstasble, gari dia, tunda kereta ni ke balai,” arah inspektor tersebut. Seorang konstable menggari Kamil. Ya Allah, adakah ini ujianMu?

 

“Assalamualaikum, ini rumah Datuk Sudin ke?” soal seorang pegawai polis. Datin Suria mengangguk.

“Ye, ini rumah Datuk Sudin, kenapa ye encik?” soalnya Datin Suria. Hatinya pelik melihat dua orang pegawai polis datang ke rumahnya.

“Puan, kami harap puan bersabar ye,” ujar pegawai polis tersebut. Hati Datin Suria mula berdebar-debar.

“Macam ni, tadi kami dapat panggilan dari seorang pakcik mengatakan ada orang jumpa kereta suami puan di simpang tiga jalan ke Kelana Jaya. Kereta tu tak bergerak sedangkan hon kereta berbunyi. Bila pakcik tu periksa kereta tu, sekali dia dapati suami puan sudah meninggal dunia akibat dibunuh,” ujar pegawai polis tersebut. Datin Suria terkejut. Terasa dunianya gelap.

“Ya Allah, abang!” ucapnya sebelum rebah. Pandangannya kelam. Yanti yang kebetulan sedang mengemas rumah segera menyambut isteri majikannya.

 

Suasana kampung yang tenang dan damai pada pagi itu dikejutkan dengan siren kereta polis. Sebuah kereta peronda polis membelok memasuki kawasan rumah. Aisyah menyapu sampah di halaman rumahnya. Dia berasa hairan tatkala sebuah kereta peronda polis memasuki kawasan rumahnya. Seorang pegawai polis wanita keluar dari kereta.

“Assalamualaikum,” sapa Aisyah. Pegawai wanita tersebut membalas salamnya.

“Apa ini rumah Encik Mohd. Kamil Bin Haji Husin ke?” tanya pegawai wanita tersebut.

“Ya, ini rumahnya, ada apa cik?”

“Puan ini,Aisyah Bin Haji Huzair,isterinya ke?”

“Ye, saya isterinya,”

“Macam ni puan, suami puan ditahan atas kesalahan mengedar dadah,dan sekarang ni suami puan ada di lokap Balai Polis Bukit Aman,” ujar pegawai tersebut. Aisyah terkejut. Biar betul abang ni, getus hatinya.

“Bi…..bila suami saya di tangkap?” soalnya gementar. Hatinya terkejut mendengar berita tersebut.

“Tengahari tadi, jadi kami datang ni nak sampaikan berita kepada puan,” ujar pegawai wanita tersebut. Aisyah menekup mulutnya. Air matanya mula merembes keluar. Hatinya bagai tidak percaya mendengar berita yang di dengarinya sebentar tadi. Telinganya bagai tidak mendengar kata-kata pegawai polis wanita tersebut. Digagahkan kakinya untuk melangkah ke rumah. Pegawai polis tersebut beredar. Tangannya terketar-ketar mendail nombor telefon rumah mertuanya.

“Assalamualaikum mak,” ujarnya bergetar. Air mata membasahi pipinya.

“Waalaikumsalam Aisyah, haaa, ada apa ni? Mak baru sahaja sudah masak ni,” balah Hajah Zaharah. Aisyah menggenggam erat gagang telefon.

“Abang Kamil mak,” ujar Aisyah terketar-ketar. Hajah Zaharah pelik mendengar suara menantunya.

“Kenapa ni Aisyah?” soal Hajah Zaharah. Hati tuanya terasa hairan dengan menantunya.Hairan aku dengan menantu aku seorang ni, selalu happy ceria bukan kemain, ni kenapa pulak tetiba terketar-ketar macam orang kena karan je ni, ngomel hatinya.

“Kenapa dengan Kamil, Aisyah?” soal Hajah Zaharah. Aisyah menangis tersedu-sedu.

“Abang kena tangkap mak,” luah Aisyah meraung. Hajah Zaharah terkejut.

“Apa!!!!” pekiknya. Hajah Zaharah terjelepuk. Haji Husin yang baru pulang dari kedai terperanjat mendengar pekikan isterinya. Ishhh bini aku ni,bakpo tepik supo ore kaloh loteri jah nih? Getus hati tuanya. Hajah Zaharah menerpa ke arah suaminya.

“Bakpo mu ni? Jerik supo ore kaloh judi jah,” ujar Haji Husin. Hajah Zaharah mula menangis. Haji Husin semakin hairan dengan tingkah laku isterinya.

“Hok alok, jerik pulok doh, bakpo nih?” soal Haji Husin.

“Anok be, keno igat ko polis,” jawab Hajah Zaharah. Haji Husin terperanjat.

“Gapo dio?” soal Haji Husin keras, bagaikan tidak percaya dengan kata-kata isterinya. Tangannya membuka kopiah di kepalanya. Haji Husin terduduk di sofa. Ya Allah,apa ini musibah atau ujian buat hambaMu ini?getus Haji Husin. Pada petang itu, seluruh Kampung Setia Jaya gempar mengenai berita penangkapan Kamil dan kematian Datuk Sudin.

Oleh: Mohammad Omar Bin Ismail l hasnulhadiahmad.com

Artikel “Talqin Banduan Terakhir” yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan, dan hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.

Incoming search terms:
7 keajaiban dunia vs 7 keajaiban tuhan
{ 2 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge