≡ Menu

Tuntutan Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah

Pengabaian tuntutan fardhu ain dan kifayah punca keruntuhan akhlak dikalangan anggota masyrakat.Umat perlu memahami konsep tuntutan ini untuk kesejahteraan alam sejagat.

Manusia dan Tugasan

Manusia adalah Khalifah Allah di muka bumi ini.Maksud khalifah ialah wakil dari Allah untuk mentadbir alam ini supaya ia aman,damai dan sejahtera.Setiap peribadi manusia itu berhak memegang jawatan tersebut sebagaimana firman Allah bermaksud :

‘Dialah menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi dan dialah yang meniggikan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain beberapa darjat ( pangkat ) dari hal apa yang dikerjakan ‘ ( Surah Al-An’am 165 )
Jawatan khalifah ini mempunyaitanggungjawab tertentu.Ianya akan dipersoalkan oleh Allah setelah peribadi manusia itu meletakkan jawatan tersebut.Firman Allah

«’Dan seseorang itu tidak akan memperolehi selain dari apa yang diusahakan, usahanya itu nanti akan diperlihatkan kepadanya. Kemudian akan diberi balasan dengan balasan yang setimpal.Dan kepada Tuhanlah berakhir sesuatu’

(Annajmu 39-42).Alam ini adalah bebanan Allah kepada manusia untuk ditadbirkan.

Golongan Mukallaf

Golongan inilah yang layak mentadbir alam.Mereka ialah orang yang berakal,baligh dan beragama Islam.Allah memebekalkan kepada mereka akal fikiran dan sistem pentadbiran yang lengkap merangkumi segala aspek kehidupan manusia.Setiap peribadi muslim itu mempunyai kewajibannya yang tersendiri samada berbentuk individualistik atau kemasyarakatan.Ia lebih dikenali dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Konsep Fardhu Ain & fardhu Kifayah

Fardhu ain adalah asas pembinaan kemuliaan peribadi seseorang.Matlamatnya membina individu yang soleh dan bilangan inilah yang mencorak kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.Fardhu Kifayah pula merupakan konsep penting dalam kemasyarakatan.Fahaman yang slah terhadap fardhu kifayah akan mencerminkan kelemahan masyarakat Islam.Semakin ramai bilangan masyaraakat yang berkecimpung dalam fardhu kifayah ia akan mencerminkan semakin maju taraf kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat dan menaik taraf kemajuan tamadunnya,walaupun dari sudut individu ia termasuk dalam hukum “sunat”.

Definisi Fardhu Ain

-Seseorang itu wajib melakukan sesuatu pada waktu yang wajib ia melakukannya.
-Tidak gugur fardhu itu dari seseorang sekiranya ada orang lain yang melakukannya.
-Melakuakan apa yang disuruh dan meniggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
-Fardhu Ain ialah sesuatu yang telah diwajibkan oleh Allah kepada setiap hambanya seperti keimanan,sembahyang,puasa,menuntut ilmu,berjihad dan seumpamanya.

Definisi Fardhu Kifayah

Suatu kewajipan apabila sebahagian orang melaksanakannya,maka kewajipan itu gugur bagi yang lainnya seperti berjihad,solat berjamaah,ilmu,pakar dalam suatu bidang dan sebagainya.Ia terbahgai kepada beberapa bahagian seperti kifayah dini,kifayah duniawi,kifayah syarat hakim dan kifayah tanpa syarat hakim.Fardhu kifayah seperti yang disebutkan tidak diwajibkan kepada setiap individu,tetapi apabila dilaksanakan oleh sebahagian orang,ia dianggap sudah gugur kewajipan semua.Apabila tidak seorang pun yang melaksanakannya , maka semua orang kan berdosa.

Tuntutan Fardhu Ain & Kifayah Dalam Kehidupan Pelajar

Pelajar adalah golongan mukallafin tidak boleh lari dari bebanan Allah swt.Selagi ruhnya berada di jasad,selagi itu ia menyandangi jawatan khalifah Allah.Oleh itu ia bertanggungjawab bagi melaksanakan tuntutan tersebut.Fardhu Ain baginya:

(a) Hubungan dengan Allah

-Melaksanakan tuntutan Allah seperti solat,puasa dan lain-lain.
-Meninggalkan larangan Allah seperti maksiat.Dan seumpamanya.

(b) Hubungan dengan diri sendiri

-Menjaga kesihatan.
-Menuntut ilmu.
-Menjaga nyawa dan lain-lain.

(c) Hubungan sesama manusia

-Hormati guru-guru,ibu bapa,kawan-kawan, jiran dan seumpamanya.
-Patuhi peraturan sekolah
-Berdakwah dan lain-lain.

Adapun tuntutan fardhu kifayah adakalanya ia menjadi fardhu ain kepada seseorang pelajar seperti kepakaran dalam suatu bidang seperti kedoktoran,ekonomi dan sebaginya.Adapun tuntutan fardhu kifayah seprti solat jenazah,solat berjamaah,mendalami pelajarn pertukangan dan lain-lainnya adalah dituntut.Disini jelas bahawa fardhu kifayah boleh berubah kepad afardhu ain sekiranya situasinya berubah.

Implikasi mengabaikan tuntutan ini

-Bangkai bernyawa
-Peribadi yang tidak bermoral
-Masyarakat yang mundur dan tertindas
-Kemurkaan Allah

Akhir Kata

firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Dan orang berdosa itu tidak akan memikul dosa orang lain.Jika seorang itu berat dosanya lalu memanggil ( orang lain ) untuk memikul dosanya itu,tidak akan terpikul olehnya sekalipun hanya sedikit,sekalipun kaum kerabatnya sendiri.”

( Fathir : 18 )

 

Wallahu’alam….

Incoming search terms:
hukum fardhu kifayah,perbedaan fardu ain dan fardu kifayah,contoh amalan yang hukumnya fardhu kifayah,contoh amalan yang hukumnya fardu kifayah,contoh fardhu kifayah,perbedaan fardhu ain dan fardu kifayah,fardu ain dan fardu kifayah,pengertian fardu ain dan fardu kifayah,sekiranya masyarakat mengabaikan tuntutan fadu,arti fardhu ain dan fardu kifayah,perbedaan dan persamaan fardhu ain dan fardhu kifayah,fardhu ain dan fardu kifayah,fardu kifayah dan fardu ain,fardu kifayah dan fardhu ain,fadhu kifaya,apa itu solat fardhu ain dan fardhu kifayah,pardu ain dan fardu kifayah,pengeritan fsrdu ain fardu kifaya,pegertian fardhu ain dan fardhu kifayah,maksud fardhu ain dan fardhu kifayah,umat islam mengabaikan tuntunan fardhu kifayah tersebut,Pengertian dari fardu ain dan fardhu kifayah,makna sholat fardhu ain dengan fardu kifayah,makna sholat fardhu ain dengan fardhu kifayah,pengertian fardhu ain,pengertian fardhu ain dan contohnya,pengertian fardhu ain dan fardhu kifayah,pengertian fardhu ain dan fardu kifayah,perbedaan fardu kifayah dan fadu ain,Ppengertian fardu ain dan fardu kifayah,pengertian fardhu kifayah dan fardu ain,perbedaan dan persamaan antara fardhu ain dan fardhu kifayah,perbedaan antara fardhu ain dan fardu kifayah,penjelasan fardhu ain dan fardu kifayah,pengertian sholat fardhu ain dan kifayah,perbedaan pardu ain dan pardu kipayah,pengertian fardu ain dan fardhu kifayah,sebutkan dan jelaskan hukum menuntut ilmu fardu ain dan fardu kifayah,pengertian fardu ain,sebutkan pengertian fardu ain dan fardu kifayah,pengertian fardu aen dan fardu kipayah,pengertian fardhu kifayah dan fardhu ain,konsep fardhu ain dan fardhu kifayah,ilmu fikir persamaan fardo dan fardu,ibadah fardlu kifayah,arti dari fardu kifayah dan fardhu ain,apa yg dimaksud fardhu ain,apa yang dimaksud fardu ain lengkap,apa yang dimaksud fardu ain dan kifayah,apa yang dimaksud dengan fardhu ain dan tuliskan contohnya,apa yang di maksud fardu ain dan cnth nya,apa penertian fardu ain,apa makna fardu kifayah,apa itu fardu ain dan fardu kifayah,apa itu fardu ain,apa arti fardhu ain dan fardu kifayah,apa arti fardhu ain dan fardhu kifayah,Apa arti dri fardhu kifayah dan fardhu ain,amalan fardhu kifayah,akibat mengabaikan fardhu kifayah,contoh contoh ibadah fardu ain,ibadah fardhu ain,hukum melakukan tuntutan fardu ain dan fardhu kifayah,fardu kifayah dan fardu ain penjelasan,fardu ain artinya adalah,fardluain dan contohnya,fardhu kifayah ialah sebutkan,fardhu ain & fardu kifayah,definisi fardu ain,defini fardhu kifayah dan ain,defenisi fardhu ain dan kipayah,contoh pardu ain,contoh hukum fardu ain,contoh fardu ain,contoh fardhu kifayah dan fardhu ain,amalan amalan yg hukumnya fardu kifayah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post: