≡ Menu

VIDEO Mayat Muamar Gaddafi Diheret Dan Dikasari

Muamar Gaddafi Maut

Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.

Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: “Jangan bunuh saya, anak saya.”

Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.

Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.

“Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.

“Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini … ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya.

Anak juga terbunuh

Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.

Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

“Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.

Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.

Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.

Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.

Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.

Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.

Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.  malaysiakini.com

EXCLUSIVE VIDEO: Detik-Detik Kematian Muammar Gaddafi (Klik Disini)

VIDEO Mayat Muamar Gaddafi Diheret Dan Dikasari

Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com

Artikel Berkaitan: EXCLUSIVE VIDEO: Detik-Detik Kematian Muammar Gaddafi

{ 7 comments… add one }
  • muslim October 22, 2011, 2:17 pm

    baik ke jahat mcm hantu ke islam x ajar buat mayat mcm 2, apatah lg die masih lg muslim wlaupn mungkin berbakul2 dosa yang dibuatnya, fardhu kifayyah tu untuk menempurnakan mayat die, skrg xde sape buat elok2 satu kampung berdosa, nabi masa perang pn musuh2 yg mati ditanam disempurnakan elok2 padahal kafir laknat musuh islam 2

    • followlibyalamadah December 28, 2012, 7:00 am

      Syeikh Yusuf Qardawi pun kata sesiapa yang Muslim hendaklah membunuhnya. Ini diucapkan kat media semasa ghadaffi ni sibuk membunuh para ulama dan orang ramai semasa permulaan uprising. dia menghantar kereta kebal mengebom masjid yang sarat dengan jemaah, anak kecil juga dibunuh.dlm perang 8 bulan, ramai perempuan juga dirogol askarnya depan anak2 dan suami. lebih 10000 rakyat terkorban. lebih dari perang Gaza tapi tak lebih dari Syria sekarang. Sebelum perang dia bunuh orang awam yang berdemo di dataran tripoli pakai jet, kereta kebal, meriam dan sniper. Tahun2 sebelumnya tiada ulama boleh bersuara melainkan ditangkap dan dibunuh. kau fikir apa hukuman yang layak?

  • Nuzhah Almuthaqin October 22, 2011, 10:03 pm

    Islam tidak ajar kita buat mcm tu terhadap mayat,walaupon mayat itu bukan islam (mayat kafir) tetap kita kena menghormati…mcm mna rasulullah menghormati mayat orang2 kafir,sehinggakan para sahabat terkejut apa bila rasulullah saw bangun berdiri menghormati mayat org kafir ketika dibawa lalu untuk dekebumikan,perbuatan tersebut di tegur oleh para sahabat,dan rasulullah menjawap bagaimana hidupnya ketika dahulu kita hormat,begitu juga ketika ia mati hendaklah dihormati walaupon mayat itu orang kafir,ini menunjukkan kepada kita ajaran ISLAM tidak pernah mengajar kita berbuat demikian keatas mayat walaupun mayat itu bukan islam…

  • hamba Allah October 23, 2011, 5:08 pm

    dorang x igt kerr kebaikan Muammar Gaddafi smsa memrintah Libya dlu?? antaranya, pendidikan percuma.. knp dorang sanggup menzalimi makhluk ciptaan Allah S.W.T..??

  • Cendawan October 23, 2011, 9:49 pm

    Syaikh Al Qaradhawi mengatakan “Gaddafi lebih merasa dirinya sebagai Tuhan daripada manusia, itulah ia ditimpa malapetaka yang mengerikan itu” “Ini adalah apa yang bulan lalu saya katakan akan terjadi, dan akhirnya menjadi kenyataan,” “Siapapun yang menembakkan peluru pada orang-orang sendiri harus mati” *** Video ini sebagai peringatan buat pemimpin yang Zalim yang Allah tunjukkan kepada manusia azab Allah didunia lagi….jadi beringat2 lah…buat rakyat Libya jangan terlalu ikutkan perasaan marah anda…kami tahu penderitaan anda yang teramat sangat…Tetapi janganlah menyeksa mayat,kerna islam melarang perbuatan tersebut..cukuplah semasa ia hidup..sesudah mati serahkan kepada Tuhan yang mengadili….

  • ese October 24, 2011, 8:38 pm

    dah mcm kembali balik zaman jahiliyyah

  • tengkusayedubaidahfansuri January 29, 2012, 12:13 am

    Semuanya berlaku dengan kehendak ALLAH SWT. Kehidupan ini adalah ujian keimanan bagi hamba-hamba ALLAH SWT. Akal fikiran telah diberikan untuk menilai sebelum membuat sesuatu tindakkan. Satu peringatan janganlah sekali-kali kamu mengambil orang-orang yang tidak beriman sebagai wali. Pemimpin negara-negara islam telah memberikan ruang di bumi negara mereka untuk dijadikan landasan oleh kaffirin untuk menyerang saudara seagama mereka…..dimanakah letaknya keimanan ? Apakah untungnya? Tidakkah mereka berfikir kesannya ? Satu persatu negara islam telah diinjak-injak oleh kaffirin kerana kebodohan sendiri…..Sayangilah negara anda

Leave a Comment

CommentLuv badge