≡ Menu

Yusuf Islam Atau Cat Stevens Dan Islam

Gambar Yusuf Islam Atau Cat Stevens

YUSUF ISLAM ATAU CAT STEVENS DAN ISLAM

Marilah sama-sama kita mengucapkan syukur kepada kehadrat ilahi, kerana di ciptakan kita sebagai muslim dan muslimat. Mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan umat Islam yang mengamalkan manhaj Islam sebagai cara hidup (way of life) dan Nabi Muhammad sallahualaihiwassalam sebagai ikutan (role model) releven,dulu kini dan selamanya.

Pada kali ini, ana hendak menceritakan serba sedikit tentang sejarah hidup seorang Tokoh Islam yang bernama CAT STEVENS. sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, marilah kita sama-sama membaca serba sedikit pengenalan, definasi Islam.moga-moga kita semua beroleh manfaat daripadanya.Renung-renungkan, selamat beramal.

Mengikut pendapat Syeikh Muhammad al-Wasibidi dalam kitabnya:

“القول المفيد في ادلة توحيد”

Pengertian Islam ialah:

الاءسلام هو الاءستسلام لله بالتوحيد،والانقياد له بالطاعة ،والخلوص من الشرك والبدع و اهلهما

Maksudnya: ‘kembali atau menyerahkan diri kepada Allah dengan bertauhid, menyelamatkan diri dengan (menyerahkan) ketaatan kepadanya, membersihkan diri dari perkara syirik (menjauhkan diri) dari perkara2 bid’ah dan dari kedua-duanya (ahli syirik dan ahli bid’ah).’

Sesungguhnya hanya Agama Islam sahaja yang diterima oleh Allah,di dalam firmannya:

Agama Di Sisi Allah Islam

Maksudnya:

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”

Surah Ali-Imran 3:19

Firman Allah s.w.t juga telah menyebut:

Hari Hujjatu Al-Wida'

Maksudnya:

“Pada hari ini,telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu.”

Surah Al-maidah 5:3

Dan juga di dalam firmannya:

Mati Dalam Islam

Maksudnya:

“Maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan memeluk Agama Islam (menyerah diri kepada Allah).”

Surah Al-baqarah 2:132

Yusuf IslamSejarah Hidup

Yusuf Islam (lahir sebagai Steven Demetre Georgiou pada 21 Julai 1948 di London), yang dikenali sebagai Cat Stevens sejak tahun 1966 hingga 1978, ialah seorang pemuzik, ahli muzik, penyanyi, pencipta lagu, pendidik, dermawan dan pemeluk agama Islam terkenal yang berbangsa Inggeris.

Sewaktu dikenali sebagai “Cat Stevens”, beliau telah menjual lebih 60 juta album di seluruh dunia sejak akhir 1960-an. Dua album beliau iaitu Tea for the Tillerman dan Teaser and the Firecat telah disijilkan oleh RIAA kerana mencapai status Platinum Beganda Tiga di Amerika Syarikat (tiga juta jualan setiap satu); album Catch Bull at Four pula menjual setengah juta salinan dalam dua minggu terawal sejak dikeluarkan dan merupakan LP #1 Billboard selama tiga minggu berturut-turut. Bakat mencipta lagu beliau juga memberinya dua anugerah ciptaan lagu ASCAP (untuk “The First Cut Is the Deepest” yang menjadi single hit untuk empat orang artis berbeza.)

Pada kemuncak kemasyhuran beliau, pada tahun 1977, Stevens memeluk agama Islam.Berita pengislaman ini mengejutkan ramai pihak,termasuk juga peminat-peminat fanatik beliau.Pada tahun 1978, beliau membawa nama Yusuf Islam, lalu meninggalkan kerjaya muzik untuk menumpu kepada tujuan pendidikan dan dermawan dalam masyarakat Muslim. Pada tahun 2006, beliau kembali ke persada muzik pop, dengan sebuah album yang mengandungi lagu pop serba baru sejak berlalunya 28 tahun yang berjudul An Other Cup.

Beliau telah dikurniakan beberapa anugerah kerana usaha-usaha memupuk keamanan di dunia, temrasuk anugerah Man for Peace 2004 dan Hadiah Mediterranean untuk Keamanan 2007. Beliau tinggal bersama isteri beliau, Fauzia Mubarak Ali, dan lima orang anak di Brondesbury Park, London, dan sering mengunjungi Dubai setiap tahun.

Yusuf Islam Bersama Keluarga

Ikutilah perjalanan CAT STEVENS (YUSUF ISLAM) dalam documentary video dibawah:

Wallahu’alam….

Oleh: Ustaz Faizal Nan l HasnulHadiAhmad.Com

Incoming search terms:
Cat steven Yusuf islam
{ 1 comment… add one }
  • oharticle June 15, 2013, 10:18 pm

    Alhamdulilah.. revelation from Allah, from which we come from we also his back

Leave a Comment

CommentLuv badge